Pelakon popular Nelydia Senrose akhirnya membuka suaranya berkenaan isu dia membuka tudungnya.
Sebelum ini netizen mempersoalkan sama ada dia sudah membuka tudungnya kerana seringkali dilihat tidak memakai tudung.
Nelydia menjelaskan bahawa dia sebenarnya sebelum ini cuba untuk memperbaiki dirinya. Dan dia meminta untuk diberikan lebih ruang dan masa untuk berubah.
“Macam saya dah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba untuk menjadi manusia yang lebih baik,” kata Nelydia yang nekad tidak mahu lagi mengulas perkara itu di masa akan datang.
Pelakon itu meminta peminat untuk terus mendoakan yang terbaik untuknya berkenaan dengan penampilan dirinya.
Nelydia Senrose sudah sedia untuk kembali ke kaca tv setelah kira kira setahun tidak berlakon.
Dia akan membintangi drama Seindah Hujan Cinta yang akan ditayangkan tidak lama lagi di TV3.
@harizdreamers Akan datang ” Seindah Hujan Cinta ” ❤️ di slot akasia Tv3. 28 Episode #fy #fypage #viral #harizhamdan #fypシ゚ #seindahhujancinta @Hariz hamdan 📸 : fahmiemuslim
Nelydia menganggap drama ini adalah tempat dia melepaskan rindunya kepada karier lakonan. Dia menggambarkan watak dia kali ini lebih kepada dark side berbanding dengan antagonis.
Nelydia menyatakan ini adalah pengalaman baharunya untuk membawa watak sedemikian. Dan dia berharap peminat drama Melayu melihat sendiri drama tersebut.
Rata rata peminat Nelydia Senrose sudah tak sabar untuk melihat kembali lakonan pelakon jelita itu di kaca tv.