Sebelum ini muncul dakwaan bahawa syarikat Bubble Bee yang diusahakan oleh Shuib telah culas bayar KWSP pekerja dan Shuib mengakui hal tersebut terjadi berpunca daripada masalah pengurusan terdahulu.
Hal tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan muncul tohmahan mengatakan Shuib hidup dalam kemewahan tetapi boleh culas membayar KWSP pekerja.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Susulan itu, Shuib menjawab dakwaan terbabit dalam satu temu bual dengan menafikan tuduhan netizen dan mengatakan dia hanya menjalani kehidupan normal iaitu pergi bekerja dan bermain golf.
@melodiberapi Dengarkan jawapan Shuib mengenai isu yang hangat diperkatakan!!! #meloditv3 #shuib #bubblebee #kwsp #gaji #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral #panas
“Saya tengah faham juga saya enjoy apa ye. Kalau yang betul rapat, tahu kehidupan saya. Saya pergi tempat kerja, kalau ada buat aktiviti luar adalah bersukan. Saya main golf.
“Saya tak faham timbul bila kata saya berhibur dan bermewah. Itu saya pelik. Kalau tengok kehidupan saya, tak ada pun.
“Apa yang mungkin kadang-kadang diletakkan dalam Instagram saya. Kalau tengok mungkin ada saya shooting untuk review.” ujar Shuib.
Tambahnya, dia mengatakan bahawa tuduhan bermewah itu sekadar penambahan cerita memandangkan dirinya kini dipandang sebagai pesalah.