Selang dua minggu selepas pertemuan Raisuddin bersama isterinya bertemu Adik Miza selaku kanak-kanak yang mempunyai rupa paras seakan arwah Siti Sarah, kini tiba giliran Shuib bersama Watie untuk menemui kanak-kanak ini.
Detik penuh bahagia dan sebak ini dikongsikan oleh isteri Raisuddin, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder menerusi Instagram @suciuwais.
Baca Juga:
- Mirip Arwah Siti Sarah, Raisuddin Sanggup Redah 7 Jam Perjalanan Untuk Berjumpa Adik Miza
- Dedah Jualan Bubble Bee Mencecah RM150 Juta, Shuib Bidas Tuduhan Kaya Sertai ‘Freemason’
- Burukkan Arwah Siti Sarah Dan Dakwa Shuib Ahli Freemason, Individu Ini Tampil Buat Permohonan Maaf
Menerusi pertemuan di sebuah kedai makan itu, dapat disaksikan Shuib seolah terpegun serta tidak melepaskan pandangan saat pertama kali melihat Adik Miza
Lebih membuat para netizen sebak, Shuib turut memanggil Adik Miza itu dengan panggilan ibu yang merujuk kepada wajahnya yang mirip dengan arwah Siti Sarah. Berikut merupakan respon netizen menerusi pertemuan dua insan ini.
Pertemuan yang melibatkan Shuib, Watie serta ahli keluaga yang lain ini turut membuatkan Makder berharap agar hubungan dua keluarga ini terus berkekalan.