Sebanyak 26 syarikat telah didakwa kerana kartel bidaan palsu bagi tender bernilai RM540.72 juta, dengan jumlah penalti yang dikenakan ke atas mereka mencapai RM97.3 juta.

Dipetik dari laman Rnggt, hukuman denda oleh MyCC bagi isu kartel penipuan bidaan memperlihatkan peningkatan kes di pasaran.

Isu Kartel Tipu Bidaan: MyCC Kenakan Denda RM97.3 Juta Ke Atas 26 Syarikat

KPDN turut melaporkan bahawa 14 kes seumpamanya yang melibatkan 563 syarikat dan tender bernilai kira-kira RM2.7 bilion kini sedang disiasat.

Bagi mewujudkan ekosistem pasaran Malaysia yang lebih sihat dan berdaya saing, KPDN mengumumkan langkah pengukuhan akan dijalankan.

Langkah utama ialah perluasan penguatkuasaan oleh MyCC mulai tahun 2026, yang mana ia akan membanteras kartel penipuan bidaan dalam sektor swasta, berbeza dengan fokusnya sebelum ini yang hanya tertumpu kepada tender perolehan kerajaan.

Langkah pengukuhan ini dijangka akan mempertingkatkan integriti pasaran dalam kalangan pemain ekonomi, sambil turut menjamin perlindungan kepentingan pengguna secara berterusan di masa hadapan.