Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru kepada institusi mufti agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan hukum, terutama yang berkaitan dengan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kegusaran dan polemik dalam kalangan masyarakat.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau menyatakan bahawa pihaknya sentiasa menghormati penjelasan hukum yang dikeluarkan oleh mufti, tetapi ia perlu disertakan dengan hujah yang konkrit berserta jalan penyelesaian yang jelas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau menegaskan perlunya mufti menggunakan kuasa dan kelayakan mereka dengan penuh tanggungjawab agar pandangan hukum yang dikeluarkan tidak hanya mengandungi nasihat, tetapi juga jalan penyelesaian.

“Saya ingat isu ini boleh dijadikan satu pengajaran. Saya mengharapkan sudah tentu dalam isu persoalan hukum, mufti diberi kuasa dan ada kelayakan untuk mengeluarkan pandangan.

“Mengenai isu ini (hukum bekerja di bank konvensional), ia tak dirujuk kepada menteri dan dikeluarkan begitu sahaja. Saya harapkan sahibus samahah, walaupun pandangan mereka dihormati, tetapi dalam masa sama perlu lebih berhati-hati.

“Kedua, bila keluarkan satu-satu pandangan, biar habis, jangan tergantung begitu sahaja. Jadi saya harapkan mana mana mufti, dengan kuasa dan tanggungjawab diberikan, bila mana satu pandangan dikeluarkan, janganlah sampai menimbulkan kegusaran awam dan perlu bagi solusi mengenai kedudukan isu itu,” katanya

Isu ini timbul berikutan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, mengenai hukum bekerja di bank konvensional dalam ruangan ‘Irsyad Al-Fatwa ke-823’ di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 18 Januari lalu.

Dalam jawapannya, Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan kakitangan institusi perbankan untuk mencari pekerjaan halal lain kerana sektor itu terbabit dengan riba.

Menteri Hal Ehwal Agama menambah bahawa galakan bagi mufti untuk mengemukakan pandangan hukum amat dihargai, tetapi pandangan tersebut harus bersifat tuntas dan tidak menimbulkan kecelaruan atau pertikaian lanjut di kalangan masyarakat.

Beliau juga menekankan perlunya mufti menyertakan solusi sehingga pandangan tersebut membawa kepada penyelesaian yang jelas.

“Pandangannya itu mungkin tidaklah sampai ke tahap fatwa, ia lebih kepada pandangan atau nasihat. Tetapi golongan mufti ini apabila mereka keluarkan sesuatu pandangan, orang akan ingat perkara itu sebagai satu fatwa. Ini yang selalu terjadi,” katanya.

Sumber