Seorang netizen bernama Yiok Wai Loong sebelum ini menimbulkan kemarahan orang Islam di Malaysia.

Ini selepas dia mempersoalkan kenapa orang muslim sangat marah dengan KK Mart kerana isu stoking tertulis kalimah Allah.

Baca Juga:

KK Mart kemudian tampil dengan permohonan maaf dengan alasan mereka terlepas pandang.

Wai Loong benar benar tak faham dengan tindakan KK Mart yang menurutnya tidak dapat diterimanya.

Menurut Wai Loong: “Ini bermaksud Allah akan melindungi kamu dari kepala sampai ke tapak kaki, tiada satu pun tinggal. Jangan sensitif sangat lah. Tenang bro.

“Bila kamu perlu syurga, kamu nak tinggalkan kaki kamu? Hanya bahagian atas badan pergi syurga ke?

“KK minta maaf apabila Allah melindungi kaki semua orang.

“Logo stoking macam tu pun boleh dikira hinaan? Patut potong saja kaki kamu tu lah. Kamu yang rasis kepada orang yang ada kaki,” kata Wai Loong yang mempersendakan orang Islam mempertahankan nama kalimah Allah.

Bukan itu sahaja dia kemudian membandingkan gambar superhero yang diletakkan di stoking. Sambil mengingatkan bahawa tidak pula superhero itu marah. Selain itu dia turut mempromosikan gambarnya sebagai logo baharu stoking dalam nada sindiran.

Tok Panglima Aduka dan beberapa rakannya yang beragama Islam kemudian bersemuka sendiri dengan Yiok Wai Loong dan meminta penjelasan daripadanya.

Mereka memilih untuk bersemuka dengan cara baik. Dan mencari sendiri di mana Wai Loong.

Akhirnya mereka berjumpa dengan Wai Loong. Dia kemudian meminta maaf kepada semua orang Islam yang tersinggung dengan kenyataannya.

Dia menulis kapsyen: “Saya Wai Loong meminta maaf pada semua umat muslim dan mana mana yang terasa hati dengan posting saya.

“Saya amat sedih dan menyesal perbuatan saya. Terima kasih pada Panglima Aduka dan rakan rakan menegur saya bahawa kalimah ALLAH itu saya telah salah guna.

“Maafkan saya seluruh rakyat Malaysia.”

Video permohonan maaf turut dimuat naik di facebook Wai Loong. Dalam video tersebut Tok Panglima Aduka mengingatkan Wai Loong agar tidak menyentuh sensitiviti yang boleh memecahkan keharmornian Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan agama.

Aduka turut menjelaskan kepada Wai Loong betapa mulianya Allah untuk umat Islam.