Pada minggu lalu tular satu video di mana seorang pemandu Rolls-Royce mengamuk apabila ada sebuah BMW X5 tidak diletakkan di dalam kotak parkir sehingga menyukarkan kereta mewah itu melalui lorong berkenaan.

Setelah dikecam teruk oleh netizen dari Singapura dan Malaysia, pemandu itu telah berkongsi gambar dari dalam kereta sebagai bukti dia benar-benar tidak muat untuk memandu melalui lorong itu semasa kejadian tersebut berlaku.

Gambar tersebut tular dan sekali mendapat pelbagai reaksi netizen Singapura, ada yang kini mempercayai dan faham mengapa pemandu Rolls-Royce itu bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, ramai yang bersependapat sekiranya pemandu itu merendahkan egonya dan mendengar kata-kata wanita mat salleh yang memberikan cadangan supaya dia cuba memandu ke kanan sambil dibantu oleh orang ramai, sudah pasti dia ‘berpeluang’ dapat melalui lorong berkenaan.

Sumber Gambar: Facebook ROADS.sg
Sumber Gambar: Facebook ROADS.sg
Sumber Gambar: Facebook ROADS.sg
Sumber Gambar: Facebook ROADS.sg
Sumber Gambar: Facebook ROADS.sg
Sumber Gambar: Facebook ROADS.sg
Sumber Gambar: Facebook ROADS.sg

Pada masa sama orang ramai yang pernah menggunakan laluan terbabit, mereka mengakui walaupun memandu kereta bersaiz lebih kecil, ternyata lorong itu agak sempit dan menyukarkan kenderaan melaluinya andaikata ada pengunjung kawasan tersebut tidak meletakkan kereta di dalam kotak parkir dengan baik.

Menurut portal Mothership.sg, awal bulan ini Penguatkuasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklum bermula 1 April nanti mereka akan melancarkan percubaan selama enam bulan untuk meningkatkan ruang komuniti dan laluan pejalan kaki di kawasan Tiong Bahru.

Ini bermakna tempat letak kereta di tepi jalan di sepanjang Jalan Seng Poh, termasuklah ‘ruang parkir’ punca pertelingkahan itu berlaku akan dialih keluar untuk mewujudkan laluan pejalan kaki yang lebih luas, banyak ruang komuniti dan memudahkan lintasan yang lebih selamat.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk baca reaksi orang ramai apabila video kejadian ini mula-mula tular pada minggu lalu.

Tidak Dapat Bergerak Kerana Jalan ‘Sempit’, Pemandu Rolls-Royce Salahkan Kereta BMW

Netizen Sedih Lihat Keadaan Perodua Axia Diubah Suai Hingga Hilang Seni ‘Stance’

Pakar Jelaskan Kenapa Reka Bentuk ‘Steering’ Seperti Ini Bahaya Untuk Kereta Kegunaan Harian