Sempadan Malaysia merupakan tempat di mana penyeludup-penyeludup akan mempertaruhkan nasib membawa pelbagai barangan terlarang ke negara jiran yang terletak di utara dan selatan.

Baru-baru ini akaun TikTok penguatkuasa Immigration & Checkpoints Authority Singapore (ICA) memuat naik rakaman video anggotanya mengopak sebuah MPV berdaftar dari Malaysia yang menyeludup rokok tanpa duti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video berdurasi 1 minit, penguatkuasa ICA dengan penuh teliti mengopak seluruh luaran dan dalaman badan MPV terbabit.

@ica_singapore

I knew you were trouble… 🎶 #ica #fyp #cigarette #contraband #truecrime #swifttok #cartok #SecureBordersSafeSG #GuardiansOfOurborders

♬ original sound – ICA_Singapore – ICA_Singapore

Hasil carian menemukan sejumlah kotak rokok disorokkan pada bahagian dashboard, pintu kereta, bampar hadapan serta belakang.

Antara hasil rampasan ICA pada 12 Jun lalu — 222 karton, 2,170 paket dan 35 stick bahan tembakau tidak bayar duti.

Dalam pada itu warga Singapura meminta penguatkuasa ICA memasang pengesan x-ray di setiap pintu masuk melalui jalan darat negara bagi mengelakkan barangan terlarang tidak sewenang-sewenangnya menembusi negara tersebut.

“Sebagai penjaga sempadan kita, ICA komited untuk memudahkan perdagangan dan perjalanan selamat sambil memastikan sempadan Singapura selamat dan terjamin,” petik kenyataan Facebook ICA.