Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah membatalkan serta merta lesen sebuah restoran di Pandan Indah, lapor Harian Metro.

Restoran terbabit sebelum ini menjadi tular apabila seekor tikus dikesan sedang memakan ayam goreng.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

MPAJ berkata tindakan penyitaan akan diambil sekiranya kedai yang diiktiraf Gred B pada Jun 2021 itu terus beroperasi.

https://twitter.com/zoeyhanafiah/status/1606032911744249856?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1606032911744249856%7Ctwgr%5E0b40e94e667eb941a5bdab395ad1a47d955e460f%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fvideo-tikus-makan-ayam-goreng-mamak-tular-kkm-minta-bantuan-netizen-buru-pihak-restoran%2F

Tambah MPAJ lagi, agensi terbabit hanya akan mempertimbangkan permohonan lesen baharu jika semua syarat, terutama berkaitan kebersihan, dipatuhi sepenuhnya.

Sebelum ini tular sebuah video berdurasi beberapa saat yang menunjukkan seekor tikus sedang menikmati hidangan ayam yang tersedia di sebuah kedai makan.

Video yang dimuat naik oleh Zoeyhanafiah di akaun Twitter miliknya itu tular dan ditonton lebih 100,000 kali.

Ia turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana mereka berkata kedai makan tersebut, telah dikenal pasti sebagai restoran di Pandan Indah.

“Tindakan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan.”

“Sebanyak 6 notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” nota KKM.

Semakan yang dijalankan pada 24 Dis mendapati tahap kebersihan premis itu tidak memuaskan.