Sambil travel tidak seronok kalau tidak buat challenge. Challenge kali ini ialah: RM200 di Hatyai dan Songkhla untuk 3 hari 2 malam. Baca itinerari lengkap di bawah:
Hari pertama (28/7/2019)
Kami menaiki bas dari TBS ke Hatyai.Kami ambil Bas Sri Maju dimana paling murah rasanya tetapi sangat berbaloi. Tempat duduk selesa dan yang paling penting ada usb charger. Pergerakan pula ada waktu pagi dan malam, anda boleh pilih mahu gerak bila. Kami pilih jam 9 pagi bertolak ke Hatyai. Sebelum sampai ke sempadan, bas akan berhenti di satu RnR untuk ambil passport anda. Mereka akan lakukan pendaftaran untuk penumpang, dan setelah sampai Bukit Kayu Hitam nanti, anda kena turun 2 kali selesaikan pass kemudian naik bas semula. Jangan masuk Danok pula. Sampai sahaja Hatyai, bas ini terus berhenti di tengah bandar *Kawasan Agen Bas*, waktu itu dalam jam 5 petang waktu Thailand.
Untuk berjimat, kami tidak menggunakan tuktuk. Jadi kami dapatkan maps dan lock location tempat kami sampai supaya tidak sesat. Kami dapatkan simcard, nak berjimat 1 sim kongsi sahaja. Hotspotkan ada. Kemudian, kami pusing-pusing mencari kawasan muslim untuk dapatkan kedai makan dan masjid. Komuniti Islam di sini besar juga. Dari segi makanan dan bahasa tidak susah sangat. Ada banyak kedai Halal dan ramai boleh berbahasa Melayu, makanan pun sedap serta masjid pun senang jumpa.
Untuk hari pertama, kami keluar dari Hatyai untuk ke Songkhla. Kami redah dengan berjalan kaki sejauh 3.9KM, memang lenjun waktu itu. Sanggup tidak sanggup hadap sahaja. Kemudian, teruskan berjalan kaki Ke Central Mosque lebih kurang dalam 4.4KM. Sepanjang perjalanan, kami melalui jalan besar dan yang tidak boleh lupa apabila dua tiga kali hampir dikejar Anjing. Waktu itu degupan jantung macam ferrari dah rasa. Selepas sampai di sana kami dapati tiada hostel. Jadi pilihan yang ada tidur di Masjid itu. Alhamdulillah sangat nyaman dan sejuk. Nak selamat, kami tidur bergilir-gilir.
Hari kedua (29/7/2019)
Demi misi menawan Songkhla, pagi-pagi lagi kami telah memulakan perjalanan ke Songkhla. Perjalanan ke Songkhla jika berjalan kaki mengambil masa 6 jam, jadi kami telah menahan van yang lalu lalang. Harga yang diberikan juga akan murah. Sampai di Songkhla, kami singgah di kawasan Community of Muslim. Sarapan disana dan bersebelahannya adalah Songkhla Old Town. Kawasan yang menarik dan bersejarah untuk dilawati. Kemudian, ke Nangam Street Art yang berdekatan tempat ini. Jadi boleh berjalan kaki. Berjalan jauh sikit akan jumpa satu kilang lama warna merah yang dijadikan tempat seni.
Perjalanan di teruskan ke Song Thale Park. Perjalanan sememangnya jauh, nun Di utara tetapi inilah masa untuk kurus. Redah sahaja dalam 6KM, sampai ke sana. Setibanya di sana dapat lihat seekor kepala Naga yang mengeluarkan Air. Jadi kami pun dahaga dan minum di sana air kelapa. Perjalanan di teruskan ke Samila Beach, tapi sambil menuju kesana dapatlah singgah ke Songkhla Aquarium. Di sana ambil gambar dan gerak semula. Sampai sahaja di Samila Beach, dengan cuaca panas, kami menikmati air dan sotong celup tepung di satu kedai nama BumSem. Tapi apakan daya kerana diperdaya harga mencekik darah dan kesilapan dalam komunikasi.
Jadi, lepas makan terus ke Samila Beach dapat lihat ikan duyung dan dua ekor patung haiwan iaitu kucing dan tikus serta dikatakan ada kisah di sebalik patung itu. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Tang Kuan Hill. Dari atas, anda boleh tengok pemandangan satu Songkhla. Dari atas itu dapatlah tengok jauh perjalanan kami berjalan kaki. Anda kalau nak naik boleh daki dengan tangga atau naik lift tapi berbayar 30 Bath. Kemudian, berjalan-jalan sekitar muzium dan meneruskan perjalanan ke Hatyai dengan menaiki van balik. Malam itu kami bermalam di Hive Hotel. Recommended untuk backpackers. Tidur lena malam itu, maklumlah sudah barai kaki tetapi sebelum tidur kami makan malam Di Kai Tod Decha. Harga pon okay. Makanan sedap dan Muslim. Lepas itu berjalan di sekitar night market, harga agak mahal, jadi pulang dan tidur.
Hari ketiga (30/7/2019)
Jadi, hari ini hari terakhir, bangun dengan ceria sebab dapat tidur lena. Selepas breakfast, kami berjalan-jalan di bandar Hatyai. Seronok berjalan sampai tidak sedar sudah tengahari, jadi kami pun makan nasi dan ayam masak cili. Harga bagi makanan tersebut 90baht seorang bermakna RM13 seorang. Kemudian kami sambung berjalan-jalan untuk membeli souvenirs. Kami beli 6 keychains 1 freeze magnet berharga 130baht selepas nego.
Sudah bosan dan penat berjalan, kami berhajat ingin pulang tunggu bas. Akan tetapi, terjumpa pula kawasan barang borong, ada kasut, beg, baju, tetapi kami tidak beli pun hanya mengambil contact number setiap kedai. Kemudian. kami pulang.
Amaran! Aktiviti ini hanya dilakukan jika tubuh badan anda fit dan bebas daripada penyakit.
Trip Cost via Bus (Sri Maju Bus)
TBS – Hatyai = RM60.00 + 1 Day insuran
Hatyai – TBS = RM82.00 + 1 Day insuran
Ground Cost via Walk #200challenge
Money Changer – RM200 = 1480Baht (RM1=7.40Baht)
Hari pertama – 28/7
– SimCard (Unlimited) = 299.99Baht kongsi 2 org = 150baht
– Makan Petang = 50Baht
Ke Khlong Hae Floating Market
– Minum Malam = 30Baht
Hari kedua – 29/7
– Van Central Mosque – Songkhla = 34Baht
– Makan Pagi = 40Baht
– Energizer (Kelapa + Aiskrim) = 40Baht
– Makan Tengahari = 242.50Baht
– Tan Kuan Hill = 30Baht
– Van Songkhla – Hatyai = 34Baht
– Hive Hostel = 202Baht
– Minuman = 15Baht
– Makan malam = 215Baht
Hari ketiga- 30/7
– Sarapan = Free
– Makan Tengahari = 90Baht
– Minuman = 20Baht
– Souvenirs = 130Baht
– Minum petang = 20Baht
Total spending Hatyai dan Songkhla = 1342.50Baht (RM181.42)
Lokasi singgah di Hatyai:
– Fresh Market Hatyai
– KhlongHae Floating Market
– Kai Tod Decha
– Night Market
– Kinyong Market
– Pasa Market
– Clock Tower
– Hatyai Railway
– Greenway (Central Festival)
Lokasi singgah di Songkhla:
– Central Mosque Songkhla
– Songkhla Oldtown Gates
– Namngan Street
– Songkhla Lake
– Prince Chumpon Monument
– SamilanBeach
– Tang Kuan Hill
– Pha Thammarong Museum
Nota:
*Ada lagi tempat menarik cuma kami tidak pergi
*Disebabkan kami suka stail backpackers jadi kami minimizekan kos rendah, tetapi untuk anda yang nak datang jalan-jalan ke Hatyai dan Songkhla, minimun kos yang kami boleh cadangkan adalah RM500-RM700.
Pastinya tip dan itinerari ini dapat digunakan oleh anda yang merancang untuk ke Hatyai dan Songkhla. Selamat mencuba.
Anda juga boleh gunakan perkhidmatan travel agensi yang menawarkan pakej Hatyai 3H2M serendah RM400 untuk melancong ke Hatyai.