Kali ini saya ingin berkongsi itinerari road trip di Scotland selama 7 hari 6 malam dengan bajet sebanyak RM560. Perlu diingatkan saya sampai ke Scotland setelah melalui perjalanan yang panjang bermula dari China hingga ke Rusia menggunakan Trans Siberia, kemudian ke beberapa negara lain lagi sebelum akhirnya tiba di UK.

Jadi janganlah tanya pasal tiket flight ke UK berapa. Bajet yang dikongsikan adalah ground cost untuk trip ini sahaja.

Route saya bermula di Edinburgh – Stirling – Loch Lomond – Glencoe – Fort William – Isle of Skye – Inverness – Aberdeen – Stonehaven – Dundee – Perth.

Tidak perlu di nafikan lagi ramai orang Malaysia yang datang ke United Kingdom setiap tahun pada musim cuti sekolah bagi melancong, shopping dan sebagainya. Perhentian terkemuka bagi rakyat Malaysia biasanya adalah London – Manchester – Liverpool – Edinburgh – Glasgow.

Di sini saya nak bagi cadangan tentang percutian yang akan mengubah pandangan kamu tentang Scotland. Budget ini tidak termasuk dengan tiket penerbangan dari Malaysia dan juga local penerbangan dengan discover Scotland lebih mendalam untuk pengalaman yang berbeza.

itinerari-travel-di-scotland-1

itinerari-travel-di-scotland-2

itinerari-travel-di-scotland-3

itinerari-travel-di-scotland-4

itinerari-travel-di-scotland-5

itinerari-travel-di-scotland-6

itinerari-travel-di-scotland-8

itinerari-travel-di-scotland-7

itinerari-travel-di-scotland-9

itinerari-travel-di-scotland-10

itinerari-travel-di-scotland-11

itinerari-travel-di-scotland-12

itinerari-travel-di-scotland-13

itinerari-travel-di-scotland-14

Road trip saya adalah bersama-sama dengan 3 orang lain dan kami menyewa kereta dengan Arnold Clark. Boleh membuat perbandingan di website www.carrentals.co.uk.

Sewaan kereta adalah selama seminggu dengan harga 29£ sehari dan 155£ bagi seminggu kerana promosi oleh Arnorl Clark. Amat recomended.

Day 1: Edinburgh
Day 2: Edinburgh
Day 3: Stirling – Loch Lomond
Day 4: Glenceo – Fort William
Day 5: Isle of Skye
Day 6: Inverness – Aberdeen – Stonehaven
Day 7: Dundee – Perth

1. Edinburgh (hari 1 & 2)

George Street
Edinburgh Castle
Arthur Seat
Royal Botanic Garden Edinburgh
Scottish National Gallery
Princess Street Garden
St Giles Cathedral
Hollyrood Park
Calton Hill
Cramond
Victoria Street & Grassmarket
Scottish Parliament
Scott Monument
Edinburgh Grand Mosque

Bandar Edinburgh memerlukan sekurang-kurang 2 hari penuh untuk diterokai. Banyak tempat-tempat menarik di sekitar bandar Edin. Tempat-tempat yang famous di sekitar bandar Edin sebenarnya di dalam walking distance sahaja.

Pengangkutan awam di bandar Edin adalah bus,taxi dan tram. Boleh juga amik bus tour sekitar bandar Edinburgh. Bayaran masuk ke dalam Esin Castle adalah 16.5£ (kami tak masuk).

Di banda Edinburgh, kami menumpang di rumah orang local Scotland yang kebetulan terjumpa dan disebabkan dia pernah tinggal di Malaysia, dia mengajak kami untuk tinggl di rumah dia sahaja selama 2 malam.

2. Stirling – Loch Lomond (hari 3)

Stirling:
Wallace monument
Stirling Castle

Loch Lomond:
National Park

Perjalanan dari Edinburg ke Stirling hanya lah satu jam dan dari Stirling ke Loch Lomond adalah 2 jam 30 minit.

Bayaran masuk ke dalam wallace monument adalah sebanyak 10£ atau boleh sahaja mendaki sedikit bukit dan mengambil gambar di sekitar bawah Wallace Monument dan bagi Stirling Castle pula bayaran adalah sebanyak 14.50£. Tetapi disebabkan tight budget, kami tidak masuk kesemuanya.

Wild camping di Scotland adalah dibenarkan kecuali di tempat yang menjadi milik persendirian. Jadi, kami hanya camping di sekitar kawasan Loch Lomond. Bagi di campsite, bayaran adalah sebanyak 10-20£.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disekitar Loch Lomond National Park kerana kawasan yang amat luas. Loch merupakan tasik dan disekitar scotland beratus-ratus tasik.

3. Glenceo – Fort William (hari 4)

Glenceo:
Glenceo mountain
Loch Etive (tempat penggambaran Harry Potter)

Fort William:
Ben Nevis (gunung yang paling tinggi di Scotland)
Steall Fall (air terjun dari banjaran Ben Navis)
Aonach Mor (gunung highland of scotland)
The Jacobite
Glenfinnan Viaduct (tempat penggambaran Harry Potter)
Loch Shiel (tempat penggambaran Harry Potter)
Loch Morar (tempat penggambaran Harry Potter)

Perjalanan dari Loch Lomond ke Glenceo adalah 3 jam melalui Higland of scotland dan anda akan meransakan seperti berada di Alps Mountain di Switzerland. Pemandangan yang sangat cantik di sepanjang perjalanan dan boleh dibuat persinggahan.

Dari Glenceo ke Fort William hanyalah lebih kurang 1 jam sahaja. Ambil masa seketika dengan membuat persinggahan di Fort William Train Station bagi merasai pengalaman menaiki stream train The Jacobite yang terkenal dengan cerita Harry Potter. Bayaran dikenakan adalah sebanyak 30£ perjalanan selama 4 jam. Hanya ada 2 perlepasan sahaja sehari. Pastikan anda tahu waktu perlepasan bagi merasai pengalaman menaiki stream train ini.

Ben Navis yang terletak lebih kurang 30 minit dari pekan Fort William merupakan gunung yang paling tinggi di scotland dan merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi penggemar outdoor sport.

4. Isle of Skye (hari 5)

Dunvergan Castle
The Storr
Quiraing
Faerie Glen
Neist Point
Fairy Pool
Duntulm Castle
Kilt Rock
Portree Harbour
Black Cuilling

Isle of Skye merupakan pulau yang terbesar di selatan Scotland dan bagi saya amatlah worth it untuk discover. Ini merupakan tempat impian bagi peminat alam.

Banyak tempat yang boleh discover di Isle of Skye dan ramai pengembara yang wild camping di sekitar pulau ini. Jalan di sekitar isle of skye banyak yang single line sama ada ke kanan atau ke kiri sahaja. Jadi bagi yang biasa dengan hitch hike, amatlah senang bagi mencuba di isle of akye ini.

5. Inverness – Aberdeen – Stonehaven (hari 6)

Inverness:
Loch Ness

Aberdeen:
Balmoral Castle
The Tolbooth
St Machar’s Cathedral
Craigiever Castle
Aberdeen Maritime Museum
Kirk of St Nicholas
Aberdeen Beach

Stonehaven:
Dunnotar Castle

6. Dundee – Perth (hari 7)

Dundee:
Broughty Castle

Perth:
Scone Palace

Baca: 6 Cara Mencari Makanan Halal di Britain, Scotland Dan Wales

itinerari-travel-di-scotland-15

itinerari-travel-di-scotland-16

itinerari-travel-di-scotland-17

itinerari-travel-di-scotland-19

itinerari-travel-di-scotland-18

itinerari-travel-di-scotland-20

itinerari-travel-di-scotland-21

itinerari-travel-di-scotland-22

itinerari-travel-di-scotland-24

itinerari-travel-di-scotland-23

itinerari-travel-di-scotland-25

itinerari-travel-di-scotland-26

itinerari-travel-di-scotland-27

itinerari-travel-di-scotland-28

itinerari-travel-di-scotland-29

itinerari-travel-di-scotland-30

itinerari-travel-di-scotland-31

itinerari-travel-di-scotland-32

COSTING

Sewa kereta : 155£ (7hari)
Minyak : 100£

Penginapan: penginapan kami selama 6 malam kebanyakannya adalah secara percuma disebabkan kami wild camping di sekitar Scotland kecuali beberapa tempat kami mengambil Hostel dan campsite. Overall costing bagi penginapan adalah 100£.

Makan: Kebanyakan tempat yang kami pergi kami masak sendiri. Camp stove & gas 30£. Overall cost bagi makanan keseluruhan adalah 30£. Total: 60£
Bayaran tempat masuk: kami tidak masuk. Hanya melihat dari luar sahaja.

Total kos bagi 7 hari 6 malam:
Sewa kereta: 155
Diesel: 100
Hostel: 100
Food: 60
Total = 415£ (kemudian di bahagi 4 orang)

Grand Cost per person : 104£/RM560 untuk 7 hari
(Exchange rate  100£: RM540)

Nota: Itinerari ini adalah hakcipta saya sendiri bagi kegunaan sesiapa sahaja yang berhasrat bagi membuat pengembaraan yang sama ke Scotland. Itinerari ini bukanlah nak lawan siapa lagi murah, hanya nak kongsikan kos saya sahaja memandangkan ramai yang pm bertanya.

Baca kisah aku sebelum ini: 13 Tip Dan Persediaan Sebelum Travel Ke Gurun Gobi Di Mongolia