Sebelum ini, nama Alif Satar menjadi sebutan di media sosial apabial tular sebuah video memperlihatkan dia bersama The Locos membuat persembahan di St John’s, Hyde yang didakwa adalah sebuah tempat ibadat agama lain.
Menurut laporan Harian Metro, Alif Satar lantas memberi respons yang mana ia memang gereja lama namun kini telah bertukar menjadi dewan komuniti masyarakat setempat tanpa berkait sebarang agama lagi.
“Ia memang gereja lama tapi kini ditukar menjadi dewan komuniti masyarakat setempat tanpa membabitkan keagamaan” kata penyanyi, Alif Satar.
Alif berkata, tempat itu bebas digunakan untuk semua masyarakat termasuk umat Islam di sana.
“Ia juga pernah dijadikan tempat solat sunat Aidilfitri. Tiada apa yang pelik pun.
“Tak dinafikan saya dan anggota The Locos mulanya ragu-ragu tetapi selepas dapat kepastian daripada penganjur yang juga rakyat Malaysia di sana, kami lega dan teruskan konsert itu,” katanya mengenai persembahan Alif Satar & The Locos itu.
Penyanyi berusia 33 tahun ini menegaskan bahawa mereka sangat peka akan hal berkaitan agama dan mahu menjaga sensitiviti penganut agama Islam dan bukan Islam.
Respons berikut dapat dilaporkan selepas Alif ditemui di majlis pelancaran muzik video Kumandang yang berlangsung baru-baru ini.