IU menafikan laporan bahawa dia sedia membeli rumput baharu untuk membayar kerosakan rumput akibat daripada konsertnya di Stadium Sangam.

Sebelum ini ramai yang membantah IU mengadakan persembahan di situ kerana boleh merosakkan rumput stadium. Proses pemulihan rumput adalah agak panjang masa yang diambil.

Namun laporan daripada satu media Korea Selatan mendakwa IU sedia membelikan stadium itu set rumput baharu. Membuatkan ramai peminat IU membidas pihak yang mengecam IU.

Malangnya berita itu tidak tepat. Perkara itu disahkan pengurusan IU sendiri. Ini kerana mereka sudah ada kontrak khas untuk menyewa Stadium Piala Dunia Seoul Sangam.

Dan pihaknya sudah mengikuti garis panduan dan manual ditetapkan oleh pengurusan stadium untuk meminimumkan kerosakan rumput.

Walaubagaimanapun, jika garis panduan tidak diikuti dan rumput rosak, pihak pentadbiran stadium bertanggungjawab kepada artis dan boleh mengenakan bayaran untuk pembaikan dan bukannya menukar terus satu set rumput baharu untuk padang bola sepak itu. Itu sahaja.

Peraturan ini terpakai kepada semua artis dan IU, jika mereka mengadakan persembahan di stadium tersebut.

Namun pihak mereka menyatakan bahawa mereka sudah mematuhi SOP ditetapkan termasuk pelindung rumput.

Pihak pengurusan IU sudah menasihati peminat IU agar memakai kasut yang tidak merosakkan pelindung rumput, bagi mereka yang berada di atas padang.

“Kami menyarankan agar peminat tidak memakai kasut tumit tinggi,” tegas kenyataan itu lagi.

Jika konsertnya telah merosakkan rumput stadium, dia akan bertanggungjawab untuk menampung sebahagian kos pemulihan. Dan mereka tidak ada obligasi untuk membeli rumput baharu.

IU mengadakan konsert pada 21 dan 22, konsert  ‘2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE: THE WINNING’ di Stadium Piala Dunia Seoul di Mapo-gu.

Sebelum acara itu, kebimbangan telah dibangkitkan tentang potensi kerosakan pada turf selepas konsert itu. Stadium Piala Dunia Sangam dilaporkan tidak direka dengan ciri ciri khas untuk konsert. Stadium itu memang khas untuk bola sepak.

Bintang bola sepak Son Heung Min juga baru-baru ini menyatakan rasa tidak puas hati dengan kualiti rumput di Sangam, dan berikutan kontroversi itu, bandar Seoul mengumumkan bahawa mulai tahun depan, ia hanya akan membenarkan konsert dan acara kebudayaan lain dengan syarat “tempat duduk bawah” tidak boleh ‘dijual’, untuk melindungi rumput.