Bekae penyerang Terengganu FC, Ivan Mamut mendakwa bekas majikannya itu tidak membayar gajinya selama sembilan bulan.
Mamut yang tidak beraksi musim lalu ekoran kecederaan Achilles yang dialami mendedahkan mengenai masalah yang dihadapi dengan TFC.
“Ada yang kata saya sihat tapi enggan bermain kerana Steinbruckner sudah tinggalkan Terengganu.

“Itu tidak benar. Kecederaan saya ambil masa untuk sembuh dan ia hanya pulih sepenuhnya selepas saya kembali ke Croatia dan menjalani terapi yang betul selepas musim tamat,” katanya.
Ivan Mamut Tidak Terima Gaji 9 Bulan
Dalam masa yang sama, Ivan Mamut berkongsi realiti pahit semasa beliau berada dalam proses pemulihan dari kecederaan.
“Saya masih belum menerima gaji selama lebih sembilan bulan. Saya lihat rakan sepasukan dibayar, tetapi saya diketepikan.
“Saya tidak pernah bersikap tidak profesional kerana saya ada dokumen, ada kontrak. Ia memang tidak adil.

“Saya perlu menjawab kepada keluarga saya. Ia memberi kesan kepada kesihatan mental saya. Saya berdiam diri sebelum ini, tetapi sekarang saya perlu lindungi nama saya,” tambahnya.
Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, kontrak Mamut telah tamat pada 30 April dan pihaknya akan menyemak semula perkara tersebut.
“Kami akan teliti dan lihat jika ada urusan yang belum diselesaikan,” kata Syahrizan.