Pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid menjadi mangsa kes samun yang difahamkan berlaku di sekitar Kuala Terengganu baru-baru ini.

Menurut perkongsian 433 Malaysia di laman X, Akhyar menjadi mangsa kes samun dan telah dilarikan ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan.

Baca Juga:

Menurut berita yang beredar di laman media sosial, selain disamun Akhyar Rashid juga dipukul dengan senjata berupa cota sebanyak dua kali oleh individu tidak dikenali dalam kejadian tersebut.

Kejadian ini nyata mengejutkan dimana rata-rata penduduk di sekitar Kuala Terengganu menyatakan amat jarang berlaku kes samun di bandar berkenaan.

Akhyar baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-25 pada 1 Mei lalu dan menerusi laman media sosial miliknya beliau dilihat meraikannya dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Bekas pemain Kedah Darul Aman itu menyertai Terengganu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) berserta seorang lagi pemain iaitu Safawi Rasid.

Kedua-dua pemain banyak diturunkan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih pasukan iaitu Tomislav Steinbrückner dalam beberapa perlawanan pra musim yang dihadapi sebelum ini.

Semoga tiada kecederaan serius yang dialami oleh Akhyar dan pihak polis segera menangkap suspek dan dijatuhi hukuman berat.