Spekulasi yang mengatakan gandingan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid bakal ke Terengganu sudah pun terungkai selepas kelab tersebut mengumumkan kehadiran kedua-dua pemain tersebut sebentar tadi.

Perkembangan terkini mengenai kehadiran duo tersebut disahkan menerusi satu video pengenalan pemain yang dimuatnaik laman sosial rasmi Terengganu FC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kedua-dua pemain tersebut menyertai Terengganu dengan status pemain pinjaman selama semusim.

Safawi nyata bukan asing buat Terengganu kerana beliau merupakan anak kelahiran Dungun yang memulakan karier profesionalnya bersama T-Team pada 2014.

Cemerlang dua musim bersama kelab tersebut, Safawi dipancing Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2017 dan semua sudah mengetahui pelbagai kejuaraan telah dimenangi pemain sayap itu.

Sepanjang bersama JDT, Safawi telah dipinjamkan sebanyak dua kali ke luar negara iaitu bersama Portimonense (Portugal) dan Ratchaburi (Thailand).

Manakala, Akhyar yang bersama-sama Safawi turut tersenarai dalam skuad negara ke Piala Asia 2023 memulakan kariernya bersama Kedah.

Pemain sayap lincah kelahiran Jitra, Kedah itu menyertai JDT pada musim 2019, namun kurang minit permainan memaksa beliau memilih haluan untuk berkelana ke pasukan lain.

Kehadiran Safawi dan Akhyar ini jelas dapat meningkatkan kekuatan Terengganu yang sebelum ini turut merekrut bekas pemain kebangsaan, Akram Mahinan.

Terengganu menamatkan musim 2023 dikedudukan keenam hasil 11 kemenangan, tujuh keputusan seri dan lapan kekalahan untuk mengumpul 40 mata.

Skuad kendalian Tomislav Steinbrückner berjaya mara ke final Piala Malaysia tetapi tewas 1-3 kepada JDT manakala kemaraan kempen Piala FA pula terhenti di separuh akhir.

Sumber