Peminat kurang senang dengan tindakan yang dilakukan oleh pemain sayap negara, Akhyar Rashid dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 menentang Lebanon semalam.

Akhyar dimasukkan pada separuh masa kedua oleh ketua jurulatih pasukan, Pau Marti Vicente bagi menggantikan Syafiq Ahmad dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Akan tetapi, pemain Terengganu itu gagal untuk menampilkan aksi yang baik dimana gerakan beliau mudah dibaca oleh pemain lawan serta tidak berjaya untuk memanfaatkan peluang yang dimiliki.

Paling mencuri tumpuan ialah ketika penghujung separuh masa kedua dimana beliau bertindak meneruskan permainan ketika ada pemain negara yang mengalami kecederaan.

Pada mulanya, Akhyar Rashid seolah-olah mahu menghentikan permainan namun kemudiannya beliau menghantar bola kepada Arif Aiman yang seterusnya dijatuhkan oleh Khalil Khamis.

Ekoran terjahan itu, Khalil dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan sekaligus dibuang pada dan menyebabkan Lebanon beraksi dengan 10 pemain.

Tindakan Akhyar ini nyata mengundang rasa kurang senang di kalangan penyokong dimana mereka menganggap pemain berusia 25 tahun itu tidak menunjukkan semangat kesukanan serta tidak menghormati pemain lawan.

Kejadian itu juga mencetuskan perang mulut diantara bangku simpanan kedua-dua pasukan dimana Lebanon berang dengan tindakan Akhyar dan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Khalil.

Jaringan tunggal Romel Morales pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan kejuaraan Pestabola Merdeka edisi kali ini dan Malaysia muncul sebagai juara untuk kali ke-13.

Skuad bimbingan Pau Marti menebus kekecewaan edisi tahun lalu yang mana Malaysia tewas kepada Tajikistan dalam perlawanan akhir.