Pemain sayap Selangor dan skuad kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom, Faisal telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali di salah sebuah pusat beli belah tanah air.

Baca Juga:

Masih belum jelas tahap kecederaan yang dialami oleh Faisal Halim namun melihat kepada gambar yang beredar, beliau mengalami luka melecur di beberapa bahagian badan.

Kejadian ini hanya berjarak kurang dari seminggu selepas pemain sayap Terengganu, Akhyar Rashid disamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Akhyar Rashid

Dalam kejadian tersebut, Akhyar bukan saja disamun tetapi beliau turut mengalami cedera dibahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.

Pemain berusia 25 tahun itu juga kerugian RM4,800 selepas beg tangan jenama LV dan dompet jenama Coach dilarikan dua penjenayah yang memakai jaket hoodie berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati Akhyar Rashid telah didatangi dua lelaki tersebut sejurus keluar dari kereta yang diletakkan di hadapan apartmen rumahnya.

Akhyar baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-25 pada 1 Mei lalu dan menerusi laman media sosial miliknya beliau dilihat meraikannya dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Bekas pemain Kedah Darul Aman itu menyertai Terengganu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) berserta seorang lagi pemain iaitu Safawi Rasid.