Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei lakar sejarah apabila berjaya menamatkan penantian 11 tahun badminton Malaysia dengan menjuarai Terbuka Arctic 2024.
Ini selepas mereka menewaskan juara bertahan dari Denmark yang juga ranking nombor 2 dunia, Kim Astrup-Anders Rasmussen dengan keputusan 15-21, 21-15, 21-19.
Baca Juga:
- Sze Fei-Nur Izzudin Lakar Sejarah, Muncul Juara Terbuka China 2024
- Sze Fei-Izzuddin Lakar Kejutan Muncul Juara Terbuka Jepun
- Badminton Asia 2024: Sze Fei-Nur Izzudin Kejutkan Beregu Nombor 2 Dunia
Kejayaan menjuarai Terbuka Arctic jelas bukan sahaja akan memperbaiki kedudukan ranking Izzuddin-Sze Fei, namun turut ‘menebalkan’ poket mereka dengan membawa hadiah wang kemenangan berjumlah RM142,282.
Ia juga kejuaraan ketiga mereka bagi musim 2024 selepas muncul juara Terbuka Jepun dan Terbuka China.
Lebih menarik, Izzuddin-Sze Fei kini menyertai barisan gandingan elit apabila telah melengkapi semua gelaran Super Series (S100 hingga S1000) sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan di final Jelajah Dunia BWF.
Goh Sze Fei & Nur Izzuddin are now complete ✨
S100 ✅
S300 ✅
S500 ✅
S750 ✅
S1000 ✅For a brighter future, keep it coming. Thank you, Feidin of Malaysia ✨
The achievements, 🫡. pic.twitter.com/KzoQK7u22r
— Z 💎🇲🇾 (@theone_xyz) October 13, 2024
Selain Terbuka Arctic (S500), mereka telah raih dua gelaran S100 ( juara Abu Dhabis Masters dan Kaohsiung Masters 2023), dua gelaran S300 (Terbuka Jerman 2022 dan Terbuka US 2023) serta satu gelaran S750 (Terbuka Jepun 2024) dan S1000 (Terbuka China 2024).
Dengan koleksi beberapa gelaran Jelajah Dunia, Izzuddin-Sze Fei bakal naik ke kelompok tiga terbaik dalam senarai perlumbaan merebut slot ke Final Jelajah Dunia 2024 di Hangzhou, China.
Hanya 8 beregu lelaki terbaik sahaja dipilih beraksi di kejohanan tersebut yang turut menawarkan hadiah lumayan.
📈 Perlumbaan ke Hangzhou
📅 15 Okt 2024
🏸 Beregu LelakiSetelah melengkapkan koleksi gelaran Jelajah Dunia, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin 🇲🇾 bakal naik ke dalam kelompok tiga terbaik carta. Manakala lawan mereka dari Denmark, Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen 🇩🇰 kekal di… pic.twitter.com/WDplTIE0p4
— ShuttleHard (@ShuttleHard) October 13, 2024
Selain Izzuddin-Sze Fei, dua lagi beregu negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Aaron China-Soh Wooi Yik turut berada dalam perlumbaan merebut slot tersebut.