Aksi ketiga yang merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan kejohanan BWF World Tour Finals 2024 sudah pun berakhir sebentar tadi.

Kempen 2024 menjadi edisi yang baik buat kem negara apabila tiga wakil Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

Baca Juga:

Seperti diketahui, Malaysia seharusnya memiliki empat wakil di separuh akhir tetapi kecederaan Lee Zii Jia yang sebenarnya sudah pun terlebih awal mengesahkan kemaraan memaksa beliau mengucapkan selamat tinggal buat saingan ini.

SektorĀ  beregu campuran cukup cemerlang dimana kedua-dua sandaran kita masih lagi meneruskan perjalanan dalam memburu kejuaraan sulung buat negara.

Ia jelas dapat dibuktikan dengan kemaraan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bersama Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie walaupu mereka berada dalam kumpulang yang sama.

Tang Jie dan Ee Wei cukup cemerlang dengan tiga kemenangan dilakarkan manakala pasangan suami isteri itu pula menang dua aksi dan hanya tewas kepada rakan senegara mereka pada aksi sulung.

Pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang tewas pada perlawanan pertama kepada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen turut menceriakan kem negara apabila menewaskan juara dua kali Sukan Olimpik, Lee Yang-Wang Chi Lin untuk membawa mereka ke separuh akhir.

Hasrat untuk melihat Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut melangkah ke separuh akhir tidak kesampaian selepas tewas ‘straight set’ di tangan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani ketika pasangan negara itu hanya memerlukan satu set sahaja.

Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia yang mara ke separuh akhir BWF World Tour Finals 2024:

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – Beregu Campuran

2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – Beregu Campuran

3) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – Beregu Lelaki