Kejohanan Indonesia Masters 2025 bakal menjadi tumpuan utama peminat badminton negara selepas berakhirnya Terbuka India pada Ahad lalu.

Kejayaan manis dilakarkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pastinya mahu diteruskan oleh pemain Malaysia yang lain kerana gandingan tersebut tidak menyertai kejohanan di Jakarta itu.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Kejohanan berstatus Super 500 yang akan bermula esok di Istora Senayan itu menyaksikan kem Malaysia mempunyai 19 wakil dengan tiga wakil dalam perseorangan manakala 16 beregu.

Seperti dua pertandingan terdahulu, sandaran bagi acara perseorangan lelaki terus diletakkan di bahu Leong Jun Hao ekoran kecederaan Lee Zii Jia.

Manakala pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula menggalas harapan negara selepas ketiadaan Sze Fei-Nur Izzuddin.

Daripada 19 wakil tersebut, lima daripadanya perlu melepasi pusingan kelayakan terlebih dahulu.

Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang akan beraksi dalam Indonesia Masters 2025:

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

Perseorangan Wanita

2) Goh Jin Wei

3) K. Letshanaa (Kelayakan)

Beregu Lelaki

4) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

6) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

6) Arif Junaidi-Yap Roy King

7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

8) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

9) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong

10) Aaron Tai-Kang Khai Xing (Kelayakan)

11) Lim Tze Jian-Wong Tien Ci (Kelayakan)

Beregu Wanita

12) Pearly Tan-M. Thinaah

13) Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien (Kelayakan)

14) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing (Kelayakan)

Beregu Campuran

15) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

16) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie

17) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

18) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien