Semalam kecoh di media sosial apabila Azfar Firdaus dengan tenang berdepan dengan pembulinya dahulu secara ‘live’ di televisyen. Perkara ini telah berjaya mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen memuji Azfar kerana keberanian beliau berhadapan secara tenang dengan pembulinya satu ketika dahulu. Malah, ada yang mengatakan tindakan Azfar tidaklah melampau dan tindakan beliau hanyalah sebagai satu medium untuk pertahankan diri.
I watched the live interview. @Azfarovski was defending himself. Although the truth is bitter to swallow. He must said it to defend other albinos that exists. The guy still cyberbullying him even after the live program. Just see what he tweeted after the interview. unbelievable..
— fynazfynaz (@fynazfynaz) October 28, 2019
Personally, i suka cara you @Azfarovski . Kalau nak ikut sakit hati, maybe lagi teruk masa life tadi kan you bagi. But you chill, bila dia tak bg respond sgt, you continue with your words and message. Thanks for being our guest in MHI.
— Anim Ezati Rizki (@anim_ezati) October 28, 2019
https://twitter.com/nalisaaa/status/1188670033389424641
Bagi anda yang tidak tahu, dalam satu temu bicara Malaysia Hari Ini yang membincangkan topik body shaming ketemukan Azfar dengan Shazwan yang pernah berkata kurang enak kepadanya sebelumnya ini.
Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui akan hal tersebut dan berlaku sedikit perbalahan antara netizen kerana ada yang mengatakan Azfar tidak patut berbuat demikian secara ‘live’ dan juga sebaliknya.
https://twitter.com/ShadiqJamaludin/status/1188636314528182275
https://twitter.com/serenitysakinah/status/1188674691717709824
https://twitter.com/jajashahmohen/status/1188705150656901120
https://twitter.com/arlinabanana/status/1188799237154168833
Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Azfar pernah juga ‘body shaming’ orang lain tetapi tidak pula diperkatakan. Akan tetapi, mangsa body shaming Azfar ada tampil mengatakan bahawa Azfar pernah meminta maaf kepadanya.
Apa-apa pun, diharap kedua-dua pihak ini dapat berbaik dan menyelesaikan permasalahan mereka. Kita haruslah menjadikan kisah mereka sebagai satu pengajaran dan tidak menyalahgunakan media sosial.
Ingin ketahui apa yang berlaku sebenarnya? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Lihat Mangsa Buli Siber Ini Dengan Tenang Berdepan Pembulinya Secara ‘Live’ Di Televisyen
Alif Satar Dipuji Pertahankan Rakan Sepentas Daripada Gurauan ‘Body Shaming’