Sebut sahaja nama Danish Harraz, pasti ramai masih teringat seorang budak lelaki 6 tahun yang mencuri perhatian warganet dengan kehandalan memasak pada usia semuda itu.

Pada tahun ini, beliau sudah menginjak 17 tahun. Walaupun tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi, namun masih ada segelintir individu yang sengaja menarik beliau ke kancah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang pengguna X.com telah membuat tuduhan liar dan jenaka seksual terhadap Danish dengan membuat dakwaan remaja tersebut bakal menjadi ‘kaki perempuan’ apabila meningkat dewasa nanti.

Menurut lelaki itu, ini disebabkan Danish mempunyai rupa paras yang segak dan memiliki platform dikenali ramai.

Hantaran yang dibuat oleh lelaki itu telah mengundang amarah netizen yang lain. Ramai menyerang lelaki berkenaan kerana membuat ‘lawak murahan’ jenaka seksual terhadap Danish yang masih bawah umur itu.

Ramai meminta Danish untuk mengambil tindakan kepada pengguna X.com itu kerana menjadikan remaja itu mangsa jenaka jenaka seksual.

Sehubungan dengan isu terbabit, Danish telah menyerahkan tangkap layar kepada ibu bapanya untuk membuat tindakan selanjutnya.

Pada tengah hari semalam, Danish dan keluarga telah membuat laporan kepada Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) berhubung hantaran X.com yang tidak senonoh itu.

Dua laporan telah dibuat kepada MCMC; satu laporan mengenai penghantar hantaran asal X.com, manakala satu lagi laporan terhadap rakan kepada penghantar asal yang menokok tambah isu tersebut.

Tambahnya lagi, beliau akan membuat laporan polis sebagai laporan susulan MCMC.

“Masuk Twitter (X.com nak update restock sambal tapi lain yang jadinya,” kongsi hantaran Danish Harraz dengan nada kecewa.