Tular satu rakaman video di mana seorang wanita meninggalkan penunggang motosikal terjatuh selepas lelaki itu berselisih di hadapannya.
Pada awal video itu, kelihatan seorang wanita cuba melintas jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Semasa melintas, dia meluru tanpa memerhatikan keadaan sekeliling dahulu sehingga menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan semasa betul-betul berselisih di hadapan wanita terbabit.
Plastik di tangan wanita itu jatuh ke atas jalan, begitu juga dengan penunggang motosikal yang terjatuh beberapa meter dari tempat wanita itu berdiri.
Mungkin disebabkan terkejut, selepas memandang mangsa yang terjatuh itu buat seketika, wanita terbabit segera meninggalkan tempat kejadian dengan melalui ‘ruang kecil’ di antara pembahagi jalan tanpa mengambil semula plastiknya yang terjatuh itu.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1542413695896002560?s=20&t=o5vZZzEgHba3CBSvYAVukA
Orang ramai yang berada di tempat kejadian memperlahankan kenderaan dan datang seorang lelaki untuk membantu mangsa. Daripada video itu, kelihatan mangsa masih boleh bangun tanpa perlu bantuan.
Tindakan wanita itu yang menyeberang jalan raya secara berbahaya itu mengundang kecaman warganet kerana dia bukan sahaja telah menjadi punca kemalangan, pada masa sama langsung tidak berasa bertanggungjawab untuk membantu penunggang motosikal terbabit.
Orang bodoh memang berlambak kat atas jalan raya, jadi kita kena sentiasa bersedia. https://t.co/XcFQblGfvZ
— Qawiem Hamizan (@QawiemHamizan) June 30, 2022
Kawan aku pernah hampir langgar pastu yang jalan kaki tu yang marah? Patut langgar je anak babi tersebut. Apa bangang pi lantas kat jalan busy https://t.co/USxHRVYDhm
— izzati looking for a cat (@1zz4tihabshi) June 30, 2022


Menurut netizen, kejadian berlaku di Jalan Klang Lama, pada pukul 8 pagi seperti yang tertera pada paparan rakaman video yang sedang tular itu.
Pada masa sama netizen mendoakan semoga penunggang motosikal itu dapat segera pulih seperti sedia kala dan mendapat keadilan terhadap kejadian yang menimpa kepada dirinya.
Seorang lelaki ditahan polis selepas melepaskan amarahnya dengan melanggar kereta JPJ menggunakan jengkaut sehingga terbalik. Tonton video penuh melalui pautan di bawah.
Marah Disaman Tiada Lesen, Pemandu Langgar Kereta JPJ Guna Jengkaut Ditahan Polis
Jadi ‘Punca’ Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya
‘Saya Sudah Beam, Lori Tak Bagi Laluan’ – Pemandu Hilux Beri Alasan Selepas Gagal Memotong