Berakhirnya saingan kumpulan malam tadi menyaksikan empat slot ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 sudah pun diketahui.
Malaysia dan Indonesia gagal mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri hingga menyebabkan dua negara seteru itu menerima nasib sama gagal melangkah ke pusingan seterusnya.
Baca Juga:
- Piala ASEAN 2024: Tewas Di Tangan Filipina, Indonesia Turut Gagal Ke Separuh Akhir
- Piala ASEAN 2024: Seri Bertemu Singapura, Malaysia Gagal Ke Separuh Akhir
- Piala ASEAN 2024: Kesilapan Mudah Penjaga Gol Malaysia Bantu Thailand Menang 1-0
Malaysia seri tanpa jaringan berdepan Singapura ketika mengharapkan kemenangan manakala Indonesia pula tidak mampu untuk sekurang-kurangnya mengikat Filipina dimana mereka tewas 0-1.
Keadaan yang membolehkan Singapura dan Filipina untuk mengiringi dua juara kumpulan iaitu Thailand dan Vietnam.
Berikut merupakan jadual penuh melibatkan aksi separuh akhir pertama dan kedua dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024:
Separuh Akhir Pertama
1) Singapura lawan Vietnam
Stadium Jalan Besar
26 Disember 2024 (Khamis) – 9.00 Malam
2) Filipina lawan Thailand
Rizal Memorial Stadium
27 Disember 2024 (Jumaat) – 9.00 Malam
Separuh Akhir Kedua
1) Vietnam lawan Singapura
Viet Tri Stadium, Phu Tho
29 Disember 2024 (Ahad) – 9.00 Malam
2) Thailand lawan Filipina
Rajamangala Stadium
30 Disember 2024 (Isnin) – 9.00 Malam
Pemenang Terdahulu
Thailand muncul pemenang terbanyak dalam sejarah pertandingan yang sebelum ini turut dikenali sebagai Piala AFF itu dengan tujuh kali kejuaraan iaitu pada 1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020 dan 2022.
Edisi lalu menyaksikan Thailand yang ketika itu dikendalikan Mano Polking berjaya menundukkan Vietnam 3-2 secara agregat.
Singapura memenanginya sebanyak empat kali (1998, 2004, 2007 dan 2012) dan Vietnam mengekori dengan dua kejuaraan (2008 dan 2018). Manakala, Malaysia muncul juara edisi 2010 ketika skuad Harimau Malaya dibimbing Datuk K. Rajagopal.