Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Pramono Anung, menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan Panitia Khas (Pansus) Perparkiran DPRD DKI Jakarta yang kembali mengambil alih beberapa lokasi parkir haram.
Beliau menegaskan bahawa isu parkir haram di Jakarta perlu segera diselesaikan, petik Warta Ekonomi.
Baca Juga:
- Gabenor Jakarta Bangga Pengangkutan Awam Mereka Kini Bertaraf Dunia, Atasi Kuala Lumpur & Bangkok

- Tunjuk Perasaan Rakyat Indonesia Di Jakarta, Ini Yang Ada Perlu Tahu

- Wanita Indonesia Kongsi Udara Di Kuala Lumpur Buatkan Wajah Jadi ‘Flawless’ Berbanding Di Jakarta

Pramono turut menggesa agar semua lokasi parkir yang dikendalikan oleh Pemerintah Provinsi (Pemprov) DKI diwajibkan menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless).
Beliau menekankan bahawa sebarang transaksi secara manual tidak lagi dibenarkan.
“Saya akan menggesa supaya semua kawasan parkir yang diuruskan oleh pemerintah daerah dilaksanakan secara tanpa tunai. Tidak boleh lagi wujud transaksi manual,” katanya.
Hasil kutipan masuk ‘tabung’ daerah Jakarta dengan cashless
Menurutnya, sekiranya sistem parkir dilaksanakan secara telus dan tanpa tunai, maka semua hasil kutipan akan terus masuk ke dalam perbendaharaan daerah.
“Jadi, sistem parkir itu mesti telus, tidak boleh ada sesiapa pun yang diberikan keistimewaan. Jika sistem parkir dilaksanakan secara telus dan tanpa tunai, sudah pasti semua hasil akan masuk ke Balai Kota, ke Jakarta.
“Itulah yang menjadi sasaran utama saya pada masa akan datang,” kata Pramono.
Terdahulu, Pemerintah Provinsi (Pemprov) DKI Jakarta telah menyita puluhan pengendali parkir haram atau tidak berlesen.
Pengendali-pengendali ini telah mengaut keuntungan bernilai berbilion rupiah tanpa membayar cukai selama bertahun-tahun.
Sebahagian daripada pengendali parkir haram tersebut beroperasi di atas tanah milik Pemerintah Provinsi DKI Jakarta sendiri, lapor Kompas.id.