Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap seorang individu yang dianggap menghina agama Islam.

Video yang viral di laman media sosial menunjukkan seorang lelaki membuat kenyataan yang mempermainkan Islam. Ini telah mencetuskan ketegangan agama dan kaum di Malaysia, menyebabkan pengguna lain melaporkan video tersebut.

Baca Juga:

JAKIM
Seorang lelaki yang didakwa menghina Islam

JAKIM Buat Laporan Polis

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, dalam satu kenyataan berkata laporan polis juga telah difailkan untuk memastikan tindakan tegas diambil di bawah undang-undang sedia ada.

“JAKIM telah melaporkan aduan rasmi kepada SKMM bagi tindakan lanjut terhadap kandungan yang menyentuh sensitiviti agama Islam. Selain itu, laporan polis juga telah dikemukakan bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.
“Kenyataan di media sosial tersebut telah jelas mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.
“Oleh itu, semua pihak harus menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan, dan ketegangan dalam masyarakat.
JAKIM
Seorang lelaki yang didakwa menghina Islam
“Dalam bulan Ramadan yang penuh mulia ini, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati serta menjaga adab.
“Keamanan dan kesejahteraan negara hanya dapat dikekalkan melalui sikap saling menghormati serta memahami antara masyarakat.
Isu mengenai agama sedang hangat di negara ini selepas penyampai stesen radio Era FM memuat naik video yang dianggap mempersenda dan menghina agama Hindu dengan membuat jenaka dengan tarian kavadi Hindu, upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.
Enam kakitangan termasuk 3 DJ radio Era FM kemudiannya telah dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.
“Mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis diterima di seluruh negara membabitkan isu terbabit,” kata Tan Sri Razarudin Husain.