Tular beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan sebatang jalan di Semenyih, Selangor dengan jalur tengahnya bercahaya di dalam gelap baru-baru ini.
Ternyata, perkara ini benar-benar berlaku apabila cat jalan yang bercahaya di dalam gelap atau ‘glow in the dark’ kini digunakan di persimpangan Jalan Sg Lalang B19 dan Jalan Sg Tekali B16 di Semenyih.
Baca Juga:
- Mercedes-Benz Derma RM5 Juta Untuk Bantu Organisasi Israel
- Disney+ Catat Kerugian Hampir RM2 Bilion, Kena Boikot Sebab Pro Israel?
- ‘McDonald’s Malaysia Tidak Sumbang Kepada Israel, Usah Boikot’- Mufti Pulau Pinang
Menerusi perkongsian Bernama di laman Facebooknya, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru meninjau lokasi cat jalan glow in the dark yang pertama di Malaysia di Jalan Sungai Lalang pada hari semalam.
Konsep tersebut ialah garisan di jalan raya kelihatan normal pada waktu siang namun akan bercahaya pada waktu malam.
Hal ini bagi memastikan pengguna jalan raya memandu lebih selamat dan sangat membantu terutamanya bagi pengguna jalan raya yang tidak biasa memandu di sesuatu kawasan baharu.
Sebelum ini, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat mendedahkan bahawa cat jalan yang bernyala dalam gelap’ ini adalah cubaan projek rintis dalam membawa inovasi ke dalam kejuruteraan jalan.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, dapat dilihat cat berkenaan mengeluarkan cahaya berwarna hijau ketika dalam keadaan gelap pada waktu malam.