Eastern & Oriental Berhad (E&O) menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Jambatan Gurney di Pulau Andaman sebagai ‘Jambatan Box Grider Terlebar Di Malaysia’.

Memetik BERNAMA, menerusi kenyataan rasmi E&O memaklumkan jambatan sepanjang 450 meter merentasi laut dan selebar 40 meter itu mempunyai lapan lorong kenderaan serta laluan pejalan kaki khas di kedua-dua sisi, menghubungkan Pulau Andaman dengan Gurney Drive, sekali gus meningkatkan keterhubungan pesisir pantai utara Pulau Pinang.

“Jambatan ini mempertingkat keterhubungan, menambah baik pengagihan aliran trafik, mengurangkan masa perjalanan serta menyediakan akses alternatif di kawasan pesisir pantai utara Pulau Pinang,” petik kenyataan tersebut.

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Christopher Wong kepada Pengarah Urusan E&O Kok Tuck Cheong sempena majlis ‘The Meg Appreciation Evening’.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Pengerusi Eksekutif E&O Datuk Seri Tee Eng Ho.

Sumber