Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meminta kepada pemohon i-Sinar untuk menyemak semula status permohonan selepas terdapat masalah teknikal.
Kenyataan yang dibuat tengah malam tadi hadir beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.
“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online. Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,โ kata kenyataan tersebut.
KWSP ingin memohon maaf berkenaan masalah teknikal pada paparan status permohonan i-Sinar Online. Kami sedang berusaha untuk mengatasi kesulitan ini dan ahli boleh menyemak semula status permohonan pada ๐ด ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ญ bermula ๐ด:๐ฌ๐ฌ ๐ฝ๐ฎ๐ด๐ถ.#isinar #kwspinfo pic.twitter.com/iXEOwlLbk2
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) February 7, 2021
Pemohonan Kategori 2 adalah melibatkan ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
Laporan ini semestinya mendapat pelbagai reaksi netizen, kebanyakan daripada pemohon menyatakan sudah gembira apabila status i-Sinar mereka sudah diluluskan.
Namun apabila mereka menyemak semula pagi ini, ada ahli yang permohonannya masih dalam proses.
Harap2 janganlah bagi saya harapan palsu ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ. Dah happy dah malam tadi tiba2 now check masih diproses lagi๐
— s.n.m (@syindesu) February 7, 2021
Bg harapan palsu . Nak keluarkan duit sndri pun susah . Mcm duit tuh korang pnya pulak . Yg keja siang mlm neh kami . Kenapa susah sgtt nak keluarkan ?
— Mohamad Syafiq (@afiqqq96) February 7, 2021
Sampai hati kwsp buat mcm ni , da la tunggu keputusan hampir sebulan campur cuti umum , cuti weekend lg , lpstu status hijau tukar balik pada biru . Kami 1 keluarga da gembira sgt semalam , tapi pagi ni , hanya Allah je tahu perasaan kami .
— Qistina Shahrim (@QistinaShahrim) February 8, 2021
Kecewa lah,lama menunggu keputusan,smlm bgtau dapat lulus,pagi nie dalam proses,undu,kalau duit KWSP x apa,nie duit sendiri,ditahan3 lagi,bagus bgtau awal2 x lulus,
— syam (@SManimbora) February 8, 2021
T20 boleh lulus,takkan kami b40 tak lulus?T20 duit dorang guna dalam pelaburan tak guna pun untuk kitaran ekonomi,b40 macam kami ni,duit kami guna untuk buat kitaran ekonomi berjalan.
— ArD (@ra_raff28) February 8, 2021
Tidak pasti bagaimana masalah ini boleh terjadi, namun diharapkan KWSP memudahkan para ahlinya yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri.
Nasihat kewangan Elya buat pencarum KWSP berbelah bahagi. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Pengeluaran Wang KWSP Sebanyak RM10,000 Diperluaskan Kepada Semua Pencarum Yang Terjejas
KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000