Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik sebuah perkongsian di Instagram menampilkan gambar nikah beliau bersama suami dengan caption tiada lagi persefahaman.

Isu yang berlaku sekaligus telah mendapat perhatian netizen yang terkejut dan simpati dengan apa yang berlaku kepada Zulin Aziz yang baru sahaja setahun bernikah.

https://www.instagram.com/p/CrP0wOFJzc4/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Walau bagaimanapun, isu tersebut dikatakan sudah berjaya diselesaikan di mana beliau sekali berkongsi di Instagram memaklumkan mereka sedang cuba serta memberi peluang dan ruang untuk hubungan beliau terus berpanjangan.

Zulin Aziz memaklumkan beliau mempunyai sebab tersendiri mengapa perkongsian tersebut dikongsikan dan berterima kasih atas doa orang ramai yang mendoakan rumah tangga beliau.

https://www.instagram.com/p/CrQllcjpS6q/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Dalam pada itu, perkongsian yang dibuat Zulin Aziz nyata mendapat respon yang berbeza dengan netizen yang berpendapat beliau telah cepat melatah atau sengaja membuat kecoh di media sosial. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

Sumber: instagram zulin aziz
Sumber: instagram zulin aziz
Sumber: instagram zulin aziz

Malah, para netizen turut menasihatkan beliau agar tidak melulu berkongsi di media sosial melibatkan keretakan rumah tangga.

Untuk pengetahuan, Zulin Aziz yang berusia 33 tahun baru sahaja bernikah dengan suaminya Farhan Norzaini pada 19 Februari lalu dengan menerima wang hantaran sebanyak RM30,000.