Setiap pemandu perlu memastikan kedudukan tangan yang betul semasa memegang stereng. Ini kerana ia dapat memudahkan pemandu mengawal kenderaan.
Baru-baru ini seorang pelatih daripada Akademi Bomba berkongsi satu ilmu penting yang mana ada pemandu sering terlupa semasa membawa kereta.
Baca Juga:
- Gurauan Bawa Padah, Buka Stereng ‘Quick Release’ Sewaktu Memandu Jadi Punca Proton Wira Ini Terbabas
- Reaksi Sultan Brunei Terima Hadiah Stereng F1 Daripada Anwar Ibrahim Curi Tumpuan Ramai
- Momo Hasilkan Stereng Edisi Khas Sempena Ulang Tahun Ke-50 Hot Wheels
Menurut pelatih itu, setiap pemandu perlu memastikan kedua-dua tangan sentiasa berada pukul ‘3’ (tangan kanan) dan ‘9’ (tangan kiri) atau ‘2’ (tangan kanan) dan ’10’ (tangan kiri) pada stereng.
No wonder lah masa belajar memandu dulu, cikgu tak bagi buat style “roti canai” tu. pic.twitter.com/49nqVYu6Bz
— 𝕭𝖆𝖓𝖎 (@rabbaniahmad_) February 28, 2024
Pada masa sama beliau menegaskan pemandu tidak boleh menggunakan style ‘roti canai’ semasa memulas stereng kereta.
“Sebab apa kita tak boleh pegang stereng ‘roti canai’? Sebab ada airbag. Andaikata airbag diaktifkan, boleh ‘melekat’ jam tangan kita pakai pada dahi.
“Ada juga pemandu yang membawa kereta dengan meletakkan jari di atas bahagian tengah stereng. Apabila airbag terbuka, habis semua jarinya patah,” kata pelatih akademi bomba itu.
Tambah beliau lagi, sekiranya tangan pada stereng berada di posisi yang betul, ia dapat mengelak kecederaan serius apabila airbag terbuka ketika kemalangan tidak diingini berlaku.
yes. masa attend safety driving training tu pun ada ckp jgn ikut style roti canai. ibu jari kena tekan pada steering, to avoid pale knock kat steering. more grip
— wille (@wille59995765) February 28, 2024
Aku pernah pergi defensive driving course trained by former pro racer & drifter ada belajar yg tak boleh buat “roti canai” dekat steereng bukan saja pasal safety airbag tu je, ko punya respons kalau guna teknik push & pull dekat steereng 9-3 tu lagi cekap. Pro praktis tu. https://t.co/VJh2oes5ci pic.twitter.com/dG4j7gwOg0
— 𝐳 𝐮 𝐥 𝐟 𝐨® (@thezulfo) February 29, 2024
Perkongsian semula video itu telah mendapat sokongan netizen. Ramai mengakui cara pegang stereng yang betul amatlah penting ketika memandu.
Menurut warganet juga, pemandu/bekas pemandu profesional turut menegaskan cara pegang stereng 3-9 itu membuatkan pemandu dapat mengawal kenderaan dengan lebih cekap.
Jika sebelum ini anda memandu style ‘roti canai’, bolehlah anda menukar cara memegang stereng mulai hari ini, demi keselamatan pemandu dan penumpang di dalam kereta.