Setiap pemandu perlu memastikan kedudukan tangan yang betul semasa memegang stereng. Ini kerana ia dapat memudahkan pemandu mengawal kenderaan.

Baru-baru ini seorang pelatih daripada Akademi Bomba berkongsi satu ilmu penting yang mana ada pemandu sering terlupa semasa membawa kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut pelatih itu, setiap pemandu perlu memastikan kedua-dua tangan sentiasa berada pukul ‘3’ (tangan kanan) dan ‘9’ (tangan kiri) atau ‘2’ (tangan kanan) dan ’10’ (tangan kiri) pada stereng.

Pada masa sama beliau menegaskan pemandu tidak boleh menggunakan style ‘roti canai’ semasa memulas stereng kereta.

“Sebab apa kita tak boleh pegang stereng ‘roti canai’? Sebab ada airbag. Andaikata airbag diaktifkan, boleh ‘melekat’ jam tangan kita pakai pada dahi.

“Ada juga pemandu yang membawa kereta dengan meletakkan jari di atas bahagian tengah stereng. Apabila airbag terbuka, habis semua jarinya patah,” kata pelatih akademi bomba itu.

Tambah beliau lagi, sekiranya tangan pada stereng berada di posisi yang betul, ia dapat mengelak kecederaan serius apabila airbag terbuka ketika kemalangan tidak diingini berlaku.

Perkongsian semula video itu telah mendapat sokongan netizen. Ramai mengakui cara pegang stereng yang betul amatlah penting ketika memandu.

Menurut warganet juga, pemandu/bekas pemandu profesional turut menegaskan cara pegang stereng 3-9 itu membuatkan pemandu dapat mengawal kenderaan dengan lebih cekap.

Jika sebelum ini anda memandu style ‘roti canai’, bolehlah anda menukar cara memegang stereng mulai hari ini, demi keselamatan pemandu dan penumpang di dalam kereta.