Semasa berucap pada Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur golongan elit yang terlalu obses terhadap Bahasa Inggeris.
Beliau menegaskan Bahasa Kebangsaan tidak boleh diremehkan dengan gambaran kepintaran seseorang hanya boleh diterjemahkan menerusi penguasaan dalam Bahasa Inggeris, petik Buletin TV3.
Baca Juga:
- Kena ‘Bahan’ Dengan Cucu, PM Tetap Setia Sokong Manchester United
- PMX: Pelarasan Gaji Penjawat Awam Dilaksanakan Secara Berperingkat, Naik 8% Tahun Ini
- PMX Umum Cara Baharu Ukur Kos Sara Hidup Di Malaysia, Ini Yang Anda Perlu Tahu
“Mereka mungkin dibesarkan di London tetapi bila hidup di Malaysia, mereka mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia keseluruhannya.”
“Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, semua negeri perlu ambil pendirian menolak pertelingkahan dan menunjukkan iltizam memperkasa bahasa kebangsaan yang menjadi lingua franca rakyat. Saya beri penegasan ini sebab ia tidak lari dari prinsip dalam negara MADANI,” katanya.
Pada masa sama, beliau menasihatit sektor swasta dan sekolah vernakular turut memberikan keutamaan kepada bahasa kebangsaan, tanpa melemahkan penguasaan dalam bahasa lain.
“Tidak harus timbul kekeliruan. Keperluan bahasa lain tetap ada samada ianya bahasa ibunda atau bahasa negara dunia, namun penekanan penguasaan Bahasa Melayu adalah sangat perlu,” ujar beliau.