Niat seorang tauke kedai makan berbangsa Cina Malaysia yang meroyan sebab terpaksa memilih 2 bahasa iaitu Bahasa Inggeris atau Melayu – dan tiada pilihan Bahasa Mandarin ketika berurusan dengan Grab Merchant Malaysia – jelas respon yang dia terima tidak seperti diharapkannya.

Ini sebenarnya bukan kali pertama ada rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia namun tak tahu berbahasa Melayu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tauke kedai makan itu mempersoalkan kenapa tidak ada pilihan Bahasa Mandarin sedangkan mereka mahukan duit orang Cina, dan kenapa cuma ada dua pilihan bahasa iaitu Inggeris dan Melayu sahaja?

Dan dia menyatakan dia tidak lagi menggunakan perkhidmatan Grab dalam urusannya kerana kecewa.

Menariknya di ruangan komen, netizen berbangsa Cina sendiri menyekolahkannya. Ada yang mengingatkan dia bahawa dia orang Malaysia, kena la tahu bahasa Melayu.

Jacc Yeo berkata: “Bahasa Inggeris itu bahasa antarabangsa, dan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kamu, itu tiada masalah.”

Seorang lagi berkata: “Sebagai rakyat Malaysia, kamu patut menggunakan bahasa kebangsaan negara kamu.”

Sementara itu yang lain lagi berkata: “Lahir di Malaysia, dan tidak boleh berbahasa Melayu langsung? Kamu yang ada masalah.”

Bukan itu sahaja malah ada tang turut mengkritik dia bukan sekadar tak oandai berbahasa Melayu tetapi turut tunggang langgang dalam berbahasa Mandarin.

Alex berkata: “Sebagai rakyat Malaysia (kenalah tahu bahasa Melayu)… (Tapi itulah) bahasa Mandarin mudah pun teruk. Saya tak tahu sekarang ni siapa yang bermasalah, cikgu kamu atau kamu.”

Seorang lagi mengingatkan dia agar tidak ponteng kelas lagi lepas ni.

Tidak kurang juga yang mengusik: “Biarkan Melayu tengok dulu post kamu ini, kami yang Cina ni nak rehat dulu untuk ambil pusingan seterusnya.”

Di ruangan komen ramai netizen kagum dengan semangat satu Malaysia yang ditunjukkan tanpa kira bangsa mengecam tauke tersebut. Menunjukkan bahawa kesedaran tentang bahasa kebangsaan itu adalah menebal dalam diri rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.