Pemergian Bad Indigo menghadap Sang Pencipta semalam telah mengejutkan ramai orang terutama sekali peminat kumpulan Indigo.
Susulan pemergian secara mengejut penyanyi tersebut, pesanan terakhirnya menerusi Instagram beberapa hari lalu telah meraih perhatian netizen.
Baca Juga:
- ‘Darah Sikit, Baru Palestin’ – Konten Live Jual ‘Lip Matte’ Da’i Syed Bersama Isteri Buat Netizen Kurang Senang
- Dituduh Berzina Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Mahu Bersemuka Individu Buat Tuduhan
- Makan Di Kedai Mamak Sambil Ditemani Burung Gagak, Netizen Gelar Lelaki Ini Sebagai Itachi
Menerusi video tersebut, arwah meninggalkan kata-kata positif kepada umum agar tidak berputus asa meneruskan kehidupan kerana Allah sentiasa bersama dengan umatnya.
“Assalamualaikum, selamat pagi. Harap semua orang sihat. Apa je yang anda sedang lalui atau pun apa sahaja yang menimpa anda, yang paling penting sekali, jangan berputus asa.
“Kena sentiasa ingat, Allah ada dengan kita. Allah tak kejam kan? Insya-Allah. Buka pintu hati, tengok.. banyak lagi kebaikan yang ada. Insya-Allah. Assalamualaikum,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan seakan belum percaya bahawa Bad Indigo telah meninggal dunia.
Malah, para netizen tersentuh hati mendengar pesanan terakhir arwah dan tidak sangka rupanya itulah video terakhir arwah untuk peminatnya.