Sejak Shamsul Yusof dikaitkan dengan Ira Kazar, pelbagai kisah dan spekulasi hangat dibincangkan orang ramai. Kisah ini dihangatkan lagi oleh Puteri Sarah sehinggalah Syamsul Yusof mengesahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar.

Tidak hanya memberi kesan kepada rumahtanggan beliau bersama Puteri Sarah, Shamsul Yusof dilaporkan sudah lebih setahun tidak bertemu dengan ibu bapanya walaupun sewaktu Hari Raya baru-baru ini.

Kisah penuh sedih melibatkan keluarga ini membuatkan pihak Melodi menemubual Datuk Yusof Haslan bagi mengetahui lebih lanjut isu yang berlaku.

@xtra_my

Luahan hati seorng bapa yang merindui anaknya🥹😔 #fyp #xtramy #datuk #yusofhaslam #menangis #rindu #syamsul #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Menurut Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof sudah lebih setahun tidak bertemu beliau bersama Datin Fatimah Ismail. Pertemuan terakhir pasangan ini bersama Syamsul Yusof adalah pada tahun lalu sewaktu terdapat ahli keluarga mereka sedang sakit.

Walau bagaimanapun, mereka yang sempat berbual seketika sebelum Syamsul Yusof membawa diri dengan haluan beliau sehingga tidak lagi bertemu bersama ibu bapanya sehingga kini.

“Jangan tunggu sampai bapa kau dah tak ada baru kau nak cari bapa kau.

“Papa rasa jiwa kamu lebih tenang jika kamu berbaik dengan ibu kamu. Wang bukan segalanya,” luah Datuk Yusof Haslam.

Disoal mengenai perasaan Datuk Yusof Haslam terhadap anaknya, dapat dilihat pengarah veteran ini terus mengalirkan air mata serta memaklumkan beliau bersama isterinya sudah reda dengan perkahwinan terbaru Shamsul Yusof.

Beliau juga turut mendoakan agar filem terbaru Syamsul Yusof melibatkan siri KL Gangster berjaya mendapat sambutan meskipun tidak lagi bersama Skop Production.

Perkongsian penuh ikhlas Datuk Yusof Haslam telah mendapat perhatian para netizen yang mana rata-ratanya sedih dengan apa yang dilakukan Syamsul Yusof.

Tidak kurang juga yang memaklumkan sukar untuk melihat seorang bapa mengalirkan air mata di hadapan khalayak ramai berikutan kerinduan buat anaknya. Didoakan semoga konflik melibatkan keluarga ini dapat diselesaikan dalam keadaan yang baik.