Drama Surat Untuk Tuhan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila babak aksi Sheila Mambo ditendang oleh Janna Nick dilihat bukanlah ‘trick kamera’ tetapi ‘real’.

Susulan itu, Sheila dalam satu hantarannya di Instagram telah meminta penonton tidak memarahi Janna. Menurutnya, aksi tersebut tidak dirancang dan Janna sendiri sudah meminta maaf kepadanya selepas melakonkan babak tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Jangan marah Janna. Sebaik sahaja (babak) ini habis, dia terus datang peluk saya dan minta maaf berkali-kali. Dia pun tidak rancang untuk buat begini.” tulisnya di Instagram.

Tambahnya, dia sudah memaafkan Janna dan mengatakan Janna seorang pelakon yang baik hati serta sering menjaganya ketika mereka bersama-sama terlibat dalam pengambaran drama tersebut di Makkah.

Menurut Sheila, babak yang dipamerkan dalam drama tersebut tidak mustahil berlaku dalam kalangan masyarakat dan berharap ia menjadi satu pengajaran buat semua penonton.