Pengumuman pemansuhan penggunaan sticker roadtax pada minggu lalu tidak dibenarkan sehingga orang ramai tidak menunggu masa lama untuk mencabut pelekat itu dan digantikan dengan aplikasi MyJPJ.
Lebih ‘next-level‘ lagi apabila ada individu yang sanggup keluar memandu dan mencari roadblock semata-mata untuk mencuba pelaksanaan fasa pertama digitalisasi itu.
Baca Juga:
- Ini Pencerahan Anthony Loke Untuk 6 Persoalan Mengenai Pemansuhan ‘Sticker Roadtax’ Dan Lesen Fizikal
- Pemilik Kenderaan Persendirian Tidak Lagi Perlu Bawa Lesen Memandu Fizikal Dan Tampal ‘Roadtax’
- Baru Sahaja Diumumkan Kerajaan, Trend ‘Koyak Road Tax’ Sudah Mulai Kelihatan Di TikTok
Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @namasayahaziq_, kedengaran anggota JPJ tertawa kecil apabila melihat sudah tiada roadtax pada cerminnya.
@namasayahaziq_ lepas buang roadtax di cermin,kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita,jumpa roadblock JPJ..bukan selalu JPJ nk puji nih..🤣🤣🤣#jpjmalaysia #roadtaxmati #fypシ #kembanghidung
Kemudian pegawai JPJ itu memujinya kerana menyahut aspirasi Kementerian Pengangkutan dalam pelaksanaan digitalisasi sticker roadtax.
Rata-rata netizen terhibur melihat kesanggupannya mencari roadblock untuk mencuba sendiri pengalaman baharu itu.
Pada minggu lalu Menteri Pengangkutan telah mengumumkan bahawa negara Malaysia tidak lagi mewajibkan penggunaan sticker roadtax dan lesen fizikal bagi pemilik kenderaan persendirian.
Beliau turut berkongsi pencerahan bagi 6 persoalan bagi inisiatif digital terbaharu itu yang sering ditanya oleh orang ramai.
Aplikasi MyJPJ boleh didapatkan untuk melalui App Store, Android dan Huawei App Gallery. Tetapi anda perlulah mengemaskini butiran pemandu dan kenderaan di laman web https://public.jpj.gov.my/ terlebih dahulu.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.