Bekas pemain skuad kebangsaan Argentia, Javier Mascherano sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu kelab yang dimiliki oleh David Beckham iaitu Inter Miami.
Perkara ini diumumkan oleh kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana beliau bersetuju untuk mengikat kontrak sehingga 2027 bersama kelab itu.
Baca Juga:
- Walaupun Tak Juara MLS, FIFA Berikan Inter Miami Slot Di Piala Dunia Kelab Dan Di Balang 1
- Inter Miami Sertai Piala Dunia Kelab, Ramai Anggap Kerana Lionel Messi ‘Anak Emas’ FIFA
- Tiada Ronaldo Dan Messi, Ini Senarai Calon Ballon d’Or 2024
Bienvenido, Jefe 🇦🇷✍️
Argentina and FC Barcelona legend Javier @Mascherano has been named as our new head coach! Welcome to the Miami dream 🩷🖤.
More details: https://t.co/iICOZxaFw7 pic.twitter.com/Boc6Ix32yC
— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) November 26, 2024
Mascherano bersatu semula dengan kapten Inter Miami iaitu Lionel Messi dimana keduanya pernah beraksi bersama ketika bersama Argentina dan juga Barcelona sebelum ini.
“Untuk diberikan peluanh memimpin kelab seperti Inter Miami adalah satu penghormatan buat saya, dan satu keistimewaan yang saya akan berusaha untuk memanfaatkan sepenuhnya.
“Saya tidak sabar untuk bekerja dengan semua pihak di Miami untuk membantu kelab mencapai tahap yang lebih tinggi, dan untuk memberikan peminat lebih banyak detik yang tidak dapat dilupakan,” katanya.
Selain Messi, dia juga akan menguruskan bekas rakan sepasukan di Barcelona seperti Luis Suarez dari Uruguay dan Jordi Alba dan Sergio Busquets dari Sepanyol.
Javier Mascherano membuat 147 penampilan untuk Argentina – pemain kedua paling banyak beraksi dalam sejarah negaranya di belakang Messi – termasuk empat Piala Dunia, mara ke final pada 2014 di mana mereka tewas kepada Jerman.
Selepas bersara daripada bermain pada 2020 , Mascherano dilantik sebagai jurulatih Argentina Bawah 20 tahun pada tahun berikutnya, dan turut melatih negaranya di Sukan Olimpik musim panas ini yang berlangsung di Paris.
David Beckham menyambut baik kehadiran pengendali berusia 40 tahun itu dimana beliau merasakan Mascherano merupakan individu yang sesuai untuk membimbing pasukan.
“Sepanjang kariernya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dan sebagai jurulatih berpengalaman, Javier sentiasa menunjukkan apa yang menjadikannya hebat – keazaman tanpa henti dengan pengetahuan, naluri dan pemahaman untuk menyokongnya,” katanya.