Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub pada malam semalam amat dirasai oleh orang ramai.
Pada ketika ini tular satu klip video beliau memberikan ‘pesanan terakhir’ sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Baca Juga:
- Gembira Sepinggan Hidangan Hanya Serendah RM5, Mat Saleh Ini Mahu PM UK Contohi Menu Rahmah
- Mahu Mudahkan Pengguna, Kerajaan Bangunkan Aplikasi Carian Lokasi Menu Rahmah
- Sekadar Pamer Kad Pengenalan, Miskin Tegar Berpeluang Membeli Barangan Runcit Sehingga RM600
Dalam video itu beliau menekankan bahawa semua jawatan yang dimiliki hanyalah bersifat sementara sahaja.
“Apa pun jawatan yang kita pegang hari ini, sedarlah ia hanyalah sementara,” ujar beliau di hadapan penonton.
Pesanan terakhir Allahyarham DS Salahuddin Ayub sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
. pic.twitter.com/mR6ZEkmLp9— Azli Yusof (@azliby) July 24, 2023
Nasihat tersebut beliau kongsikan semasa sesi dialog pada Towhall Pesta Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) 2023 bersama mahasiswa UUM di Sintok, Kedah, Jumaat lalu.
Klip video itu telah meraih perhatian netizen yang tersentuh dengan pesanan yang dikongsikan olah Allahyarham — orang ramai juga berpendapat beliau seolah-olah tahu akan pergi buat selamanya menerusi perkongsian tersebut.
Manusia pergi meninggalkan nama.
Betul nama orang yang baik akan sentiasa meniti dibibir @MyDSA_official 🥲
Pesanan terakhir sebelum segalanya berubah sekelip mata. Damailah di negara abadi 💔
Husnul khotimah, Aamiin 🤲 https://t.co/ZdVvpDIAzC
— 𝒂𝒊𝒆𝒏𝒔𝒚𝒂𝒎𝒔𝒖𝒍™🌺🇲🇾 (@aiensyamsul) July 24, 2023
Tersusun tutur kata, penuh hikmah & isinya.
Pemimpin, Penggerak, Penyanyang.
Semoga pahala mati syahid buatmu.
Dijemput ketika berjuang & BERKHIDMAT demi Agama, Bangsa & Tanah Air. https://t.co/6a8G7ndFji
— M (@dli85) July 24, 2023
Terima kasih @azliby kerana titipan video ini. Sedarlah…sampai bila dunia ini untuk kita semua…Allahummaghfirlahu war hamhu wa afihi wa fuanhu…peganglah tanggungjawab kita semua di dunia ini kerana ianya akan dihitungNYA kelak. https://t.co/x0ASsc6YP0
— Rafique Rashid (@rafiquerashid_) July 24, 2023
“Apapun jawatan yang kita pegang hari ini hanyalah sementara”
Satu nasihat yang sememangnya memberikan makna yang sangat mendalam oleh Allahyarham DS Salahuddin untuk dijadikan pedoman oleh kita
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman
Al-fatihah https://t.co/LX2za2UQ8h
— Aaron Denison (@aaron16denison) July 24, 2023
Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah semalam, berita itu dikongsi anaknya, Fatihah Salahuddin melalui Facebook.
Sebentar tadi Perdana Menteri sendiri turut mengimamkan solat jenazah Allahyarham, selepas diimamkan anak sulung Salahuddin Ayub sebelum ketibaannya.
Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai di sini, sebelum Zuhur.