Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub pada malam semalam amat dirasai oleh orang ramai.

Pada ketika ini tular satu klip video beliau memberikan ‘pesanan terakhir’ sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Baca Juga:

Dalam video itu beliau menekankan bahawa semua jawatan yang dimiliki hanyalah bersifat sementara sahaja.

“Apa pun jawatan yang kita pegang hari ini, sedarlah ia hanyalah sementara,” ujar beliau di hadapan penonton.

Nasihat tersebut beliau kongsikan semasa sesi dialog pada Towhall Pesta Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) 2023 bersama mahasiswa UUM di Sintok, Kedah, Jumaat lalu.

Klip video itu telah meraih perhatian netizen yang tersentuh dengan pesanan yang dikongsikan olah Allahyarham — orang ramai juga berpendapat beliau seolah-olah tahu akan pergi buat selamanya menerusi perkongsian tersebut.

Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah semalam, berita itu dikongsi anaknya, Fatihah Salahuddin melalui Facebook.

Sebentar tadi Perdana Menteri sendiri turut mengimamkan solat jenazah Allahyarham, selepas diimamkan anak sulung Salahuddin Ayub sebelum ketibaannya.

Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai di sini, sebelum Zuhur.