JD Sports merupakan rangkaian barangan sukan dari United Kingdom (UK) yang semakin berkembang di Malaysia. Boleh dikatakan banyak kasut rare yang boleh didapati menerusi rangkaian butik JD Sports ini.

Namun kini sedang tular di Instagram satu screenshot perbualan WhatsApp kumpulan JD Sports yang menyatakan staf JD Sports tidak dibenarkan untuk ambik masa berhenti untuk menunaikan solat. Dua akaun reseller di Instagram iaitu store_box dan fleey.snkr telah memuat naik screenshot ini.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BeFuwaBHcXN/?taken-by=store_box

https://www.instagram.com/p/BeFroQWnuj7/?taken-by=fleey.snkr

Menurut komen seorang individu di gambar store_box, beliau pernah bekerja di JD Pavilion dan kerana sebab ini beliau berhenti dan tidak lama bekerja di sana. Di ruangan komen juga, pelanggan JD Sports yang bukan beragama Islam juga tidak bersetuju dengan cara JD Sports ini. Menurut mereka, tidak terjejas peniagaan jika membenarkan staf pergi menunaikan solat untuk 10-15 minit.

Buat masa ini, tiada respon dari JD Sports Malaysia berhubung perkara ini dan sememangnya JD Sports Malaysia perlu memjawab spekulasi ini.