Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di kedudukan ke-16 Asia dalam ranking kelab yang dikeluarkan oleh salah satu pengeluar data bola sepak ternama iaitu Opta Analyst.

Perkara ini dikongsi oleh pihak kelab menerusi pengumuman di laman media sosial baru-baru ini dimana kelab itu berada di kedudukan pertama dalam kalangan kelab di rantau Asia Tenggara.

Baca Juga:

“JDT kini berada di kedudukan ke-319 dunia, ke-16 di Asia dan pertama di Asia Tenggara berdasarkan Opta Power Ranking yang dikeluarkan pada 2 Februari lalu.

“Laman web analisis bola sepak menempatkan hampir 13,500 kelab bola sepak. Tiada pasukan lain dari Malaysia berada dalam Top 1000, dengan pasukan Liga Malaysia lain menduduki tempat ke-1,499 atau lebih rendah.

Kelab Malaysia lain yang dimaksud oleh JDT ialah Selangor dimana ketika ini skuad Gergasi Merah menduduki tangga ke-1,499 dunia dengan rating 65.5. Dari segi kedudukan di Asia, Selangor menduduki tangga ke-153.

Kelab ketiga dan keempat terbaik Malaysia menjadi milik Terengganu dan Sabah. Terengganu berada di kedudukan ke-218 untuk kategori Asia manakala Sabah berada di kedudukan ke-220 untuk kategori yang sama.

Manchester City berada di tangga pertama dengan jumlah rating 100 diikuti dengan Real Madrid di tangga kedua dengan rating 97.7 manakala kelab Itali, Inter Milan di tangga ketiga dengan rating 96.9.