Semalam kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bakal menderma sebanyak RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan program khidmat masyarakat Yayasan JDT.

Menerusi hantaran media sosial kelab bola sepak itu, sebanyak RM1.017 juta yang diperoleh daripada enam perlawanan di laman sendiri sejak dari November akan diberikan untuk bantuan kemanusiaan di Palestin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu wang hadiah Liga Super Malaysia sebanyak RM1.9 juta pula akan disalurkan kepada Yayasan JDT untuk pelbagai program khidmat masyarakat.

Menerusi hantaran itu lagi, difahamkan sumbangan kesemua RM2.9 juta itu bukan satu perkara yang baru, JDT telah menyumbangkan kesemua hadiah wang untuk tujuan amal sejak kelab ditubuhkan pada 2013.

Sebelum ini kelab JDT juga pernah menyumbangkan jualan tiket bagi semua perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sehingga bulan Ramadhan kepada mangsa banjir Johor pada awal Mac lalu.

Pada awal November lalu juga, hasil jualan tiket bagi semua perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada musim ini turut disumbangkan kepada tabung kemanusiaan Palestin.

Kenyataan rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata ia adalah titah daripada pemilik kelab iaitu Tunku Ismail (TMJ) sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

Selain menyumbang untuk mangsa banjir, JDT turut menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana gempa bumi di Sabah dengan memberi wang kemenangan Piala Malaysia.