Di laman facebook, tular pendedahan daripada Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) yang mengatakan ahli GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) pernah diajar ilmu ‘transfer power’ berkat melalui udara.
Rakyat Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan amalan jijik restoran milik GISBH yang didakwa meletakkan air rendaman kaki, janggut, bulu dan sebagainya dalam makanan sebelum dihidang kepada pelanggan.
Baca Juga:
- Ahli GISBH Rotan Tiga Kanak-Kanak Dihukum Penjara 10 Tahun
- Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Kumpulan Ajaran Sesat
- Ada Ahli GISBH Punyai Empat Isteri, 34 Anak
Namun, PUKAS sekali lagi membuka mata masyarakat dengan pendedahan mengenai amalan sesat yang pernah dilakukan oleh jemaah GISBH ketika zaman COVID-19.
“Jemaah GISBH didoktrin agar sentiasa taksub kepada pemimpin. Setiap juzu dari badan dan sisa pemimpin mempunyai berkat.
Semasa PKP, oleh kerana pergerakan terbatas untuk ahli bertabarruk dengan pemimpin.
“Nasiruddin Ali memperkenalkan ajaran baru yang belum pernah diamalkan dalam GISBH sebelum ini iaitu transfer power berkat melalui udara.
“Para Ahli Lembaga Penasihat GISBH bersama Nasiruddin akan berperanan sebagai transmitter dengan mengangkat tangan ke langit. Manakala ahli-ahli lain akan menjadi receiver dengan menghalakan tangan ke langit untuk menyambut power berkat pemimpin,” katanya.
Mereka juga berharap pihak agensi agama memasukkan amalan dan kepercayaan ini ke dalam mesyuarat fatwa untuk dibincangkan status kesesatan amalan baharu Nasiruddin Ali.
Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.
Ia menjadikan Perlis negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi berkenaan sesat.