Tahun 1447 Hijrah menyaksikan kelainan yang unik dalam penetapan tarikh 1 Syawal di Indonesia.
Laporan terkini menunjukkan terdapat perbezaan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri antara beberapa kumpulan dan institusi Islam, khususnya melibatkan Jemaah Tarekat Naqsabandiyah dan institusi pendidikan Pondok Modern Darussalam Gonto.
Sambut Aidilfitri lebih awal Berdasarkan Kitab Munjid Bagi Jemaah Tarekat Naqsabandiyah yang terletak di Lubuk Sarik, Kelurahan Padang Besi, Kota Padang, Sumatera Barat, mereka telah menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal berbanding ketetapan pihak kerajaan.
Jemaah ini telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Rabu, 18 Mac 2026, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi waktu tempatan.
Penetapan tarikh 1 Syawal bagi jemaah ini bukanlah dibuat secara semberono, sebaliknya ia bersandarkan kepada pengiraan yang teliti merujuk kepada Kitab Munjid (Munjib).
Lebih menarik lagi, solat sunat pada pagi tersebut diserikan dengan penampilan seorang khatib muda yang baru berusia 20 tahun, iaitu Riski Rafandi.
Beliau telah menyampaikan khutbah raya dengan menggunakan bahasa Arab yang sangat fasih, mencerminkan usaha teguh jemaah tersebut dalam mempertahankan tradisi ilmu dan literasi klasik yang diwarisi secara turun-temurun.
“Kami telah berpuasa sejak 16 Februari. Jadi, hari ini kami telah genap sebulan penuh atau 30 hari,” kata Riski.
Pondok Gontor Tetapkan Syawal Pada Hari Jumaat Dalam perkembangan yang berbeza, sebuah institusi pendidikan Islam terkemuka di Jawa Timur, iaitu Pondok Modern Darussalam Gontor (PMDG) di Ponorogo, telah mengambil ketetapan tarikh yang berlainan.
Pihak PMDG secara rasmi mengisytiharkan bahawa 1 Syawal 1447 H bagi komuniti mereka jatuh pada hari Jumaat, 20 Mac 2026.
Keputusan ini telah diedarkan menerusi sebuah maklumat rasmi bernombor 3/PMDG/k-01/IX/1447 yang ditandatangani sendiri oleh pemimpin pondok tersebut, iaitu Drs. K.H. M. Akrim Mariyat dan K.H. Hasan Abdullah Sahal pada 18 Mac 2026.
Perkara ini turut disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam (Humas) PMDG, Riza Azhari Zarkasyi.