Jenama aiskrim mikro Malaysia, Kelava di telah membuka outlet pertamanya di Berjaya Times Square.
Sempena pelancaran itu, aiskrim Kelava telah memperkenalkan tiga perisa baharu dengan lima topping berbeza yang hanya terdapat di lokasi ini.
Baca Juga:
- FamilyMart Tawar Promosi Aiskrim Dengan Harga RM0.99 Sehingga 14 Julai 2021
- Kedai Aiskrim Terkenal Korea Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuala Lumpur
- Pelik Tapi Unik, Aiskrim Indomie Goreng Ini Cetus Fenomena Di Indonesia
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad, Dato’ Sydney Quays menyatakan beliau sangat gembira dapat mengembangkan Kelava ke dalam pasaran jualan semula dan berharap untuk bertemu lebih ramai pelanggan secara peribadi.
Bukan itu sahaja, beliau turut mengatakan keterujaannya untuk membawakan perisa ais krim yang baharu dan inovatif serta mahu membawa jenama Kelava ke pasaran yang lebih besar.
Pada tahun 2017, Kelava bermula dan hanya dijual dari rumah dan menghasilkan aiskrim mikro buatan tangan premium, berkrim dan berasaskan tumbuhan sepenuhnya.
Bagi nama Kelava pula, ia adalah gabungan perkataan ‘Kelapa’ dan ‘Love‘ kerana bahan utama dalam aiskrim ini ialah kelapa.
Ais krim Kelava dibuat dengan bahan-bahan segar yang tersedia, membolehkan setiap sudu diisi dengan rasa kelapa dan cinta oleh penggemar kelapa.
“Saya memulakan Kelava dari dapur saya sendiri. Saya terpaksa mencuba beberapa kali untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang betul,” ujar En Azlan Alladin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelava semasa pelancaran aiskrim Kelava semalam.
“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik dan saya berbesar hati kerana dapat membawa ciptaan indah ini terus kepada pelanggan kami dan mendengar pendapat mereka dengan segera,” katanya lagi.
Selain itu, dia juga berharap kedai ini boleh mengembangkan jenama Kelava ini dan dapat berkongsi ‘keindahan’ aiskrim dengan semua orang.
Pelanggan Kelava akan dapat memilih daripada pelbagai perisa aiskrim tanpa tenusu termasuk Vanila, Coklat, Salted Gula Melaka, Coffee Latte, Wild Berries, Cookies & Cream dan Onde Onde. Dalam pada itu, tiga perisa baharu telah diperkenalkan pada pembukaan iaitu Mango Vegan, Pistachio, dan Pengat Durian.
Bahkan, pelanggan juga boleh menambah topping kerisik (Toasted Coconut), Sos Speculoos, Sos Coklat, Serbuk Oreo dan Granola kepada perisa kegemaran mereka untuk menjadikannya lebih menarik dan sedap.
Kelava juga akan menawarkan diskaun 50% setiap scoop kedua setiap hari Jumaat bermula 9 Disember. Jika anda berada di Berjaya Times Square, jangan lepaskan peluang untuk cuba Kelava!