Jenama fesyen mewah Hermes telah mengisytiharkan bonus yang besar untuk pekerjanya di seluruh dunia, lapor Yahoo! Finance.

Dengan lonjakan jualan yang mengagumkan, terutamanya di rantau Asia-Pasifik, jenama Perancis yang terkenal itu bersedia untuk mengagihkan bonus sebanyak €4,000 (kira-kira RM22,000) kepada setiap 22,040 kakitangannya.

Baca Juga:

Pengumuman ini datang seiring dengan prestasi fiskal yang mengagumkan bersama-sama dengan peningkatan ketara dalam keuntungan bersih, yang melonjak kepada €4.3 bilion pada suku akhir 2023—lonjakan 28% yang berbanding tahun sebelumnya.

Jenama mewah yang berpangkalan di Paris menyatakan bahawa rantau Asia-Pasifik, terutamanya Jepun muncul sebagai antara pasaran paling memberangsangkan.

Jualan di Jepun melonjak sebanyak 14.5%, menyumbang dengan ketara kepada peningkatan keseluruhan 12.9% dalam jualan di rantau Asia.

Sumber