Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi menyatakan kekagumannya ke atas Trump dan yakin hanya Presiden AS itu yang mampu memacu keamanan dunia.
Sanae menyatakan pendirian Tokyo yang menentang pembangunan nuklear di Iran. Beliau berkata: “Hanya kamu yang boleh membantu dunia mencapai keamanan.
“Iran tidak boleh pernah membangunkan nuklear,” katanya lagi.
Namun begitu, Sanae dan rakyat di negara Jepun malah rasa dihina oleh Presiden Donald Trump yang mencetuskan kontroversi apabila membuat perbandingan antara serangan Amerika Syarikat ke atas Iran dengan serangan Jepun ke atas Pearl Harbor pada 1941.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi di Pejabat Oval, dalam usaha mempertahankan tindakan ketenteraan Washington terhadap Tehran.
Dalam sesi soal jawab bersama media, Trump secara sinis menyentuh elemen โkejutanโ dalam operasi ketenteraan.
Seorang wartawan Jepun telah mempersoalkan tindakan Trump yang menyerang Iran secara mengejut.
Trump membalas: โKami mahukan kejutan. Siapa yang lebih tahu tentang kejutan selain Jepun? Mengapa kamu tidak memberitahu saya mengenai Pearl Harbor?โ katanya.
This might actually be Trump's funniest moment ๐
Japanese Reporter: Why didn't you tell us before you struck Iran?
Trump: "Why didn't you tell me about Pearl Harbor?" ๐๐ฅ๐ pic.twitter.com/K1C85C4wzJ
— Daily Wire (@realDailyWire) March 19, 2026
Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada Serangan Pearl Harbor pada 7 Disember 1941, yang mengorbankan lebih 2,300 rakyat Amerika dan menjadi titik tolak penglibatan AS dalam Perang Dunia Kedua.
Difahamkan, reaksi Takaichi ketika itu mencuri perhatian apabila beliau kelihatan terkejut dan sedikit mengubah posisi duduknya, dan tidak selesa, namun kekal tenang sepanjang pertemuan berlangsung.
Reaksi di Jepun bercampur-baur
Di Tokyo, kenyataan Trump menerima pelbagai reaksi daripada rakyat.
Ramai yang marah dengan Trump seolah olah mengungkit sejarah yang sekaligus